Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Hari ni 10 Mei,Hari Ibu.Untuk kaum-kaum wanita yang dah pun bergelar ibu,diucapkan Selamat Hari Ibu.Semoga kita dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.Juga diucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu buat mak tersayang yang baru saja menyambut ulangtahun yang Ke-69 pada 5Mei.Begitu juga dengan ibu mertuaku yang menyambut ulangtahun yang ke-54 pada 2Mei yang lepas.Semoga selamat,murah rezeki dan diberkati selalu.Betapa besarnya budi dan jasa yang ibu berikan.Takkan dapat ku balas dengan wang ringgit.Hari ini aku takde buat sambutan ape2.Kami dah celebrate awal g.Hari ini aku cuma masak yang istimewa untuk familyku.Nak tau pe?Hee....aku tak terer masak.Semalam g pasar malam,adela beli sayur-sayur kg.Memang kat psar malm tu banyak jue sayur dan ulam2 kg.Segar lagi.Hubby aku beli pucuk paku.Jadi,hari ini aku masak lemak cili api pck paku dengan udg.Cencaru blh blkg bersmbl.Tu memang favorite anak dan hubby aku.Ptg ni plak,aku cuba wat puding coklat.Tgh masak....Ntah jadi ke tak....
Nak cuba cencaru bersambal aku....?Ni resipi keluarga mertuaku.

Ikan cencaru(belah belakang)-dilumur ngn grm/kunyit

Cara membuat sambal
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Asam jawa
Garam/gula
Bahan-bahan diatas dikisar dan ditumis.Biar sampai pekat.Pas tu sambal tadi di sumbat belakang ikan cencaru.Goreng...Dah siap...Try la

Berbalik pada sambutan Hari Ibu.
Sememangnya setiap insan akan berasa bahagia pabila mempunyai seorang ibu.Betapa bertuahnya kita yang masih mempunyai ibu.Aku salah seorangnya,meskipun aku sudah kehilangan bapa tapi kehadiran ibu tetap dapat menceriakan hidupku ini.Kini setelah bergelar seorang ibu,baru aku dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan yang dicurahkan dari seorang ibu kepada anak-anaknya.Meskipun penat melayan keletah dan ragam anak yang semakin membesar,tapi bila melihat anak seronok dengan apa yang kita berikan,hilang segala kepenatan.Contohnya,memasak.Aku memang jenis yang kurang pandai memasak tapi bagi aku juadah yang disediakan oleh seorang ibu untuk keluarganya adalah sebuah hadiah yang indah.Yang penting,kita cuba dan belajar.Mesti satu hari anak-anak akan merindui masakan kita.Satu lagi petua,kita mestilah memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati.Aku bersyukur walaupun aku graduan menganggur tapi pekerjaan aku sebagai suri rumahtangga merupakan sebuah kerjaya yang paling mulia.Ye tak....Nak happykan hati le tu....Walau tiada bergaji macam orang lain yang berkerjaya dan berpangkat tinggi namun aku sronok.Tiada terikat dengan masa.Aku 24 jam kerja.Ye kee?Betoi oiii....kecuali tido.Alangkah indahnya menjadi ibu dan suri sepenuh masa.Letih memang letih tapi berbaloi...Dapat memasak sendiri,mengemas rumah,cuci kain dll.Tak payah upah maid.Mungkin kat sini kita tak nampak tapi di akhirat,Allah dah menjanjikan yang istimewa wat kita.Bagi aku,bukan hanya 10 Mei saja kita nak ingat jasa ibu tapi hari2.Buat anak-anak cam kita ni...Pe salahnya masaklah yang istimewa wat ibu di hujung minggu.Buatlah surprise untuknya tak kira bila pun...Bahagiakanlah hati ibu kita.Selamat Menyambut Hari Ibu .........

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com