Jumaat, 25 Februari 2011

10 panduan bagaimana untuk mendapat ketenangan jiwa

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:

“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”

Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.



3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita.

Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.




6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:

“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”

Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”

Sabdanya: “Kerana hutang.”

Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:

“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Khamis, 24 Februari 2011

Menu hari nie.....Ketam bercili

Bertemu kembali di hari Khamis.Ari nie cuaca kurang baik.Dari pagi lagi dh turun ujan.Cian budak2 g seklh dlm cuaca yg ujan.Nasib le ada kete.Kalo budak2 yg naik moto tau jln kaki,lg cian kat deme kan.Dulu2 kalo ujan pagi2,sklh mesti cam lengang sikit.Budak2 liat nak ke sekolah.Tapi kini dah berubah.Mungkin jugak pemikiran ibu bapa dah lain.Hujan ke tak hujan,anak2 mesti ke sekolah gak.Pelajaran tu mesti diutamakan.
Meskipun hujan keje dalam umah mesti buat jugak.Penat la.Ari2 mesti penat.Kemas umah,basuh pinggan yg melambak,lipat kain,uruskan baby...adussss....Umah kemas mcm mana pun,sat lagi bila budak2 balik je sklh mesti brselerak balik.Kat ruang tamu tu lah diorng nk kluarkan segala mak nenek mende.Buku2 sekolah tu dah tentu lah.Ye lah,umah pun kecik je kan.lain la kalo umah tu beso gedebak....

Bab makan,itulah yg ditanya setiap kali balik dari sekolah.Mesti bukak tudung saji tgk pe yg aku nie masak.Kalo xmasak,kesian kat deme kan.Yg simple2 pon jadilah.Alyaa,bila bukak je tudung saji tu nampak le ketam,pelagi,dah xsabo2 nk mkn.Yg Kak Yong plk,dah sakit telinga plk.Dia dok gaduh sakit dr semalam g.Jam baru kul 12.30 tghari.Klinik pun lum tutup.Aku sruh je ayahnyer bawak g klinik.Kalo pe2 hal karang lagi teruk plk.Tambah2 bab telinga nie,bahaya tau.Kat klinik,diorng cuci,nth de apa tah yg masuk.Pastu bagi ubat telinga yg titik tu ngn sirap paracetamol.Balik je dari klinik,si Alyaa yg dah xsabo2 tadi dah siap menunggu nk mkn....terus g basuh tgn ....MAKAN......

Berebut-rebut makan cik crab ari nie.Masak yg simple je.Ketam bercili.Resipi amik kat blog HaNa,tapi dh diolah oleh aku...hahahaha...pandai sungguh aku ni kan.Kiranyer pestime wat ketam camni,selalu buat masak lemak tau bercili biasa.Kali ni try camni lak.Sedap kata deme.Fuhh,lega bila masakan aku cuci licin..

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor ketam size sederhana - belah dua cuci bersih
  • 10-15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2 (deeja guna cili masak)
  • 1 / 4 biji bawang besar kuning @ 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • air asam jawa
  • sebiji telur
  • gula dan garam
Cara-cara
  • Rebus @ celur cili kering dengan air panas. Basuh dan toskan.
  • Blend cili bersama bawang merah dan putih.(deeja tambah ngn buah keras)
  • Panaskan minyak (minyak lebih sket dr tumis biasa), tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak. jika kering tambah air lg .. Masukkan air asam jawa.Gaul.
  • Masukkan gula dan garam. Masukkan pula ketam.Gaul.
  • Masukkan sedikit air dlm 1/4cawan. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak dan cili agak kering. sesekali balik2kan takut hangus bhgn bawah.
  • Buka penutup, kecilkan api, kocok2kan telur dan siram atas ketam. Gaul mesra.Matikan api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun bawang / ketumbar.

Isnin, 21 Februari 2011

Q ohhh Q....

Pantasnyer masa berlalu.Hari Isnin dah pon menjelma.Anak2 dah pun ke sekolah.Maka mamanyer pon sibuk lah bukak fb dan blog.Mengintip,mengintai apa yg patut.Rumah sunyi sebentar.Anak teruna kecik pun lum bangun g.Umah belum berkemas tapi dah sibuk2 dok depan pc.De ke patut aku nie.Tapi xpe,baby kecik de ayahnyer tolong jaga.So leh le buat keje xtergesa2 sangat.Kalo idak terkejar-kejar aku nk menyiapkan hal2 umah.Dah bukak blog dah tentu g survey resipi.Semalam beli udang laut.Rege sekilo dlm rm24.Saiz sedang2 je tapi beso le gak.Dok pikir2 nk wat pe ye?Nak tumis camtu,xsedap le plk kot....Nak wat gulai...ehmmm,semalam pon dh mkn gulai...
Oh ye,nak citer pasal q.ataupon dalam bahasa melayu nyer beratur.Beratur...cam budak2 je bunyinyer.Tapi kita yg tua nie pon kena beratur gak kan.Masa nk amik tiket,urusan kat pejabat pos,kat kaunter pembayaran pe2 gak la kan.Tapi kan semalam nie,aku bengang gak la ngn sorang nyonya tu.Aku g beli pampers kat manjaku centre.Aku dah letak pampers tu kat atas kaunter.Masa tu de le sorang pompuan tgh dok bayar,so aku pon tunggu le kat tepi.Tetiba je,abis je pompuan tu bayo,dtg le si nyonya tu terus meluru letak tin susu dia.Keluokan duit terus bayo...Eiiii geram la tgk.Tapi aku diam je lah,malas nk gaduh2 coz barang dia cuma satu dan brg aku pon satu gak.Aku jeling je tgk dia.Tapi biasalah,bila org C*** nie,diorang bknnyer cm org kita.Bila org jeling tentu dh perasan pe yg xkena.Nyonya tu wat xtau je sambil dok co che co che cakap bahasa dia ngn uncle kat kaunter tu.Eiiii....org dok tunggu lama,dia boleh plk potong turn.....Mulut tu rasa cm ringan je nk keluokan perkataan tapi sabo je lah...dok marah dlm ati je lah.....
Ni satu lagi kisah pasal Q...Nak tergelak pon ada,kesian pon ada.Kat tesco.....rata2 mesti org tau kat tesco ramai org.So,bila nk bayo tu,kekdng kna tunggu lama tambah lak bila kaunter cuma bukak sikit.Orang plk kalo membeli xingat dunia.Mesti penuh satu troli.Aku..????ada le cikit...kekdng penuh, kedng tu penuh ngn anak je...huhuhu.Aku ni bila menolak troli punyer le lemah gemalai.Jalan slow2 je.So,bila sampai kat kaunter bayo tu,aku pon tolak cam biasa.Tapi de le sorang kakak tu,dia kat kaunter 2.Aku nk ke kaunter 1.Bila dia tgk kaunter tu q dah xramai cuma de sorang je lagi berbanding ngn kat kaunter 2 tu,kakak tu tadi punyer le laju tolak troli dia.Aku tau dia nk rebut ngn aku le tu.Dah elok2 dok tunggu kat kaunter 2 tetiba bila tgk kat kaunter 1 tu leh cepat,dia pon kelam kelibut nk tuko kaunter lak.Ye lah org yg dok tgh beratur kat kaunter 1 tu cuma bwk brg dlm 1,ke 2 brg je.Berbanding kat kaunter 2 tu,brg masih berlmbak2 g blum dikira...huhuhu.Tapi aku ni xendah pon,aku tolak gak troli aku tanpa segan silu.Yg aku nk trgelak,kakak tu tadi bkn men laju g tolak troli nk pintas aku.Tapi tetiba je,og yg dh siap beratur tu tarik aku punya troli sambil hulur kad tesco dan duit....uishhhh,baikhatinyer org kat depan tu kan.....lalalalalala...kakak tu pandang je aku dengan perasaan malu le kot.Hehehehe.......husben aku dah tunggu dulu,so jgn rebut2 ye.....Dalam kes camni,aku ni dikategorikan potong q ke?????

Ahad, 20 Februari 2011

Menjamu selera di kampung......

Alhamdulillah.....seronok rasanyer dapat bersantai2 kat kampung sambil menikmati hidangan makan tengahari tadi.Meskipun lauk sekadar yg biasa2 je tapi tetap sedap.Suasana kampung lain dari suasana kat umah aku.Sentiasa bising dengan unyi kenderaan.Kat kampung sunyi je.Yg de bunyi suara anak2 kecil,unggas2....sekali sekala rasa macam ingin kembali menetap dikampung.Umah kat kampung pun dah tinggal umah cu je.Umah mak dah runtuh,sayang umah tu.xde sape nak jaga.Di mamah usia lalu tumbang begitu saja.Banyak kenangan yg ku tinggalkan di sana.Aku dibesarkan di sana.Walaupun hanya 16 tahun saja aku tinggal kat kampung tapi pengalaman lalu cukup indah.
Udah2 le ye kita mengimbau kenangan silam.Moh le kiter citer pasal makan2 ari nie.Ari nie p kelah2 kat umah cu.Makan berselera sungguh sampai xcukup lak nasi...huhuhuhuhu....Lauk dimasak by my cu dan jugak aku....Sebenonyer bkn de sapa lg pon cuma kami sekeluarga dan cu.Cu ni ibu tunggal...dok sorang2 je...Anak2 aku kalo ke sana mesti rasa seronok sgt.Dapat kebebasan.berlari kesana ke mari.Pastu korek pasir,main masak2....huh....mcm2 la yg diorng main.Mcm aku kecik2 dulu gak....Jom kiter layan gambo2 tadi ye..

Menu nyer adalah...kari ikan bawal,ayam masak merah,tumis sayur,ulam kacang kelisa & pucuk kemangi  cicah budu dan sayur keladi masak asam
Ulam2 ni direbus je.Pastu cicah lak ngn budu..pehhh meleleh tau.Kalo cicah cencaluk pon sodap.


Ayam masak merah...
Kari ikan bawal campur bendi.Yang best tu,bendi ni ditanam sendiri oleh cu.


Puteri2 ku tengah menunggu masa tuk bersantap....
Najla yg dh tak sabo nk mkn sampai peluk pinggan

Bentang tiko kat luo.....berangin je.Memang berselera

Tengok tu,Kauthar pon pandai mkn ulam...

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


salah satu nama yg cukup popular di alam maya nie.Sungguh teruja bila tgk follower kat blog dia tu.So,aku nie pon dah trjangkit sama la,ingin jadi cam dia gak.Pe lagi,bila tgk kat blog Ben de satu segmen Saya Seorang Blogger Yang Aktif...jadi aku pon nk cuba le join sekali.Mana tau dengan join menjoin ni trafic aku leh meningkat dan makin fofuler...hehehehe...So marilah kita sama2 memeriahkan lagi dunia maya nie ye...
Apa lagi kita Vrooom......klik lerr kat  Ben Ashaari

Breakfast today.....

1st n3 for tday...Salam pagi Ahad.Ari nie nk pegi kelah2 kat umah mk sedara kat kampung....So,mals nk celoteh panjang2.Moh le kiter layan breakfast yg xseberapa nie ye....

 Simple breakfast for today......ala2 mat saleh,tapi xserupa pon...huhuhu...jadilah buat lapik perut.Yg ni versi de roti,sosej,brokoli,kacang panggang & telur goreng
 Yg ni lak versi roti,telur goreng,kacang panggang & coleslow.
Perut dah kenyang,tapi xleh mkn bnyk2,kejap lagi nak diisi semula....lalalalalala.....nak undur diri dulu.Mau siap2 nak balik kampung..... (cehhh,mcm le kg aku tu jauh sgt,dkt saje tau,2 km dr umah..huhu)

Sabtu, 19 Februari 2011

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul....

Tanggal 15 Februari lalu merupakan hari maulidurrasul.Tapi baru ari nie diadakan sambutan dan perarakkan di kawasan aku ini iaitu di kawasan parlimen Bukit Gantang.Parlimen kawasan Bukit Gantang ni terbahagi kpd 3 DUN iaitu Kuala Sepetang,Changkat Jering dan Trong.So,mmg ramai la yg terlibat dengan acara perarakkan tadi.Meriah sangat.Berarak beramai2 disusuli ngn alunan marhaban dan pukulan kompang cukup membuatkan hati ni tersentuh.Entah kenapa tiba2 je ati ni rasa sebak menahan rindu.Rindu pada yg telah tiada tapi tetap bersemadi utuh di hati setiap umatnya.
Majlis tu tadi berlangsung di Changkat Jering.Seingat akulah,tahun lepas pon de gak sambutan kat area nie.So...meh le kiter layan gambo2 sekitar perarakkan tadi ye.....











Ketupat Palas.....


Bertemu kembali dengan Sabtu yg tenang.Pagi tadi de sambutan Maulidur Rasul kat kawasan nie.Tapi n3 kali nie malas g nk masukkan citer pasal perarakkan tu,coz gambo masih de dlm kamera.Tak masukkan dlm pc g.So,nak n3 dululah cik ketupat palas yg dah lama bertapuk kat dalam folder.Ketupat ni sebenonyer bukan aku yg wat.Tapi mak sedara yg buat.rasa memang sedap.Mungkin orang2 belah utara dah biasa ngn ketupat nie tapi kalo kawasan len tu xtau la....maybe sekarang nie di mana2 pon leh jumpa kan.Ingat lagi,satu ketika dulu masa masih lagi study.Aku bawak le kekawan satu kolej ke umah, beraya.Diorang nie datang dari sebelah selatan dan jugak pantai timur.Dah nama pon beraya,so mesti ada ketupat or lemang.Ari tu,kitorang jamu le ngn ketupat palas.Kekwn nie excited nk merasa,tapi diorng cakap susah tol nk bukak dia punya pembalut yakni daun palas tu la.Aku cakap npe lak susah,senang je,tarik je.Diorang nie punya le dok tarik2 tapi xboleh2 lagi.Sekali bila tengok,alahaiiii...diorang dok cuba bukak kat dia punya simpul.Aku sengih2 ye la.Aku cakap bukan camtu,ala tarik je kat tepi tu...siap demo le lagi aku nie...hehehehe...kan senang je.Kitorang sama2 gelak.Itu la kan,len tempat len plk makanannyer.Mungkin diorng cakap mende tu pelik sebab xpenh jmpa tapi bila aku lak ke negeri len,dan tgk mende yg xpenah jmpa kat Perak nie,aku pon jadi jakun jugak kan....Xpe la,sama2 lah kita belajar.Kesimpulannyer,andainyer kita xpenah tgk atau makan sesuatu makanan yg dirasakan pelik,baik kiter cuba je.Sedap atau tak itu len citer.Yg penting kiter cuba.Bila kiter dh cuba nanti bila jmpa lagi mende tu kita dh tau camne rasa dan bagaimana nk mkn.Jadi org dh tak leh nk kelentong kita wat kali yg seterusnyer....kan..kan..kan...


Resipi ketupat palas.

1 kilo beras pulut-dibasuh bersih dan ditos
2 biji kelapa(ambik santan)
sedikit garam
air-2 cawan(agak2 la,sebab pulut xleh bnyk air nanti lmbik)

Cara buat.
Masak santan bersama garam hingga mendidih.
Masukkan pulut,kacau.
Pulut jgn biar sampai betul2 masak,cuma separuh masak je.
Pastu angkat dan disejukkkan.
Sedia untuk dibungkus.
Siap bungkus rebus hingga air kering ataupun kukus.


Ketupat daun palas nie,kena pandai balut.Ada jantan,dan betinanyer.Seeloknyer buat ketupat jantan.Sebab  masa kita rebus nanti tak le masuk air.Lagipun rupa dia kemas dan cantik bila dibandingkan dgn ketupat betina.

Jumaat, 18 Februari 2011

Karipap Telur....

Catatan kedua tuk ari nie....Ari nie nak citer pasal masak memasak je.Bukanlah rajin sangat pon memasak tapi memng dah kena masak.Buat camne pon,memasak tu dah jadi satu tanggungjawab buat aku.Sedap ke tak sedap tu belakang citer.Tapi,percayalah...anak2 mesti cakap apa yg mama diorg masak tu sedap meskipon owng len cakap...huh,cmni kata sedap.Air tangan ibu tu satu anugerah,sentiasa sedap je meskipun masak telur goreng....
Petang tadi,balik je Alyaa ngn Najla dari sekolah agama,umah dah bingit semula.Riuh sekampung.Hadoiiii....dok bising pasal tayar basikal.Sejak dua menjek nie,asal balik je dari sekolah agama mesti nak g main basikal.Alyaa tu baru je dapat kayuh basikal xpayah guna tayar tmbhan.So,sekrng nie laju je kayuh.Entah cmne,tayar tu pecah,maka xdpt le nk buat kayuhan ala2 le tour de langkawi.Mengamuk2 sruh beli tayar baru...Ishhhh,pasal tayar pon nak mengamuk.Macam2 hal anak2 ni kan....
Mengamuk tu mengamuk jugak tapi perut tetap kena isi.Pe lagi,trhoyong hayang le si mama g menguli tepung nak jamu buah hati semonyer.Cik husben sruh wat karipap telur.Mula tu rasa cam malas je nk uli tepung tapi ku gagahkan jua demi keluarga tercinta.Ahakkkksss.Maka jari jemari ku yg cute ni pon g le menguli dan mencanai tuk wat karipap telur.Sebenonyer,Kauthar suka sangat karipap telur.Kalo karipap inti ubi tu tak layan le dia.


Aku nie,tak berapa pandai nk wat karipap telur sebenonyer.Bukan pe,kekadang tu kulit dia pecah,so meleleh le plk inti telur tu.Aduhhh,tension tau bila buat tak jadi.Tapi berkat kesabaran dan ketekunanku...chewahhhh,eksyen...idak,aku biasa je.....maka terhasilah karipap telur yg besar gedebak dengan kelim yg xserupa kelim...hihihi....janji leh makan,kenyang perut sudah....iye tak???


Resipi...
Kulit-tepung gandum,sedikit plnta,sedikit garam,sebiji telur dan air tuk menguli.
Inti-telur+daun bwn/sup+bawang+sedikit garam(dipukul can nk wat telur dadar tu)

Cara nk buat...
Canai nipis,pastu taruh inti telur,kelim,pastu goreng la....

*resipi nie versi deeja,sukatan men taruh je

Soto Menyoto....

Salam petang Jumaat.Baru terasa lega,baby dah pon tido.Sekarang nie,dah susah nak tido siang.Alahai,baru 4 bulan tapi dh mcm budak beso.Asyik nk kena kelek je ke hulu ke hilir.Mana nk larat,badan dah 6 kg.Kalo xde sesape tlng tgkkan dia,jenuh la nk buat keje umah.Nasib la dok ngn mak,boleh la tlng riba.Tapi tu la,Uwais nie kn nyer suka riba2,dia suka dukung2 bwk jenjln sambil tgk itu ini.Kalo dpt dukung,mata tu pasti melilau pndng itu ini.Tapi mak dah xlarat nk dukung2 dia,mula la si Uwais tu menjerit.
Petang nie cuaca suram je.Tadi dah ujan kejap.Alyaa ngn Najla ke sekolah agama.Kauthar merajuk,terus trtido.Umah aman damai le kejap.Bnayak mende lum setel.Tapi masih lagi nk mengadap blog.Ngadap blog sndiri je lah,nk g bw...tak smpat gak.Dah lama xg jenguk umah teman2 maya.kalo ada pon sekadar singgh jap...Xsmpat nk baca celoteh diorng,dh kn bngun.Tugas dah menanti.

Citer pasal soto.....sebenonyer buat petang semalam.Tapi xmkn ptg,mkn tuk dinner....hahahaha...pastu kan,bila malam menjengah ke jam 10 mlm,mula le perut keroncong balik.Trpaksa le cari roti lak tuk alas perut....Ish,kuat mkn toi aku nie ye....Rasanyer dh bnyk kali aku publish resipi soto kat sini.So,xpayah le kot aku tulis resipi g...sama gak camtu...Soto,mmg feveret aku ngn famili.Meskipon kami ni bknlh org jawa tapi tekak nie suka sgt mkn masakan jawa.Agaknyer sebab dah biasa kot.Coz,atuk sedara ku org jawa.Masakan dia lak sedap.Jadi,kitorng ni mmg dah terjatuh hati ngn masakan jawa like soto,lontong,tempe....lagi pe ye....hehehehe....xreti le plk nk menyebut satu per satu.Opssss,bkn semo tau....tu pe kena nama...ala lupa lak, isi ikn yg dibakar dlm daun tu...adoiiiii...hihikhik,xlalu le plk.Dulu2,masa baru2 kawin,husben mmg xlalu nk mkn segala mcm lontong tau soto nie.Tapi bila wife dia tu rajin bebeno buat,lama2 jadi suka lak.
Soto kali nie buat main campak2,rebus2,potong2...hahahaha...apa ke benda le aku dok merapu nie....Dah le ye,malas nk merapu2 lagi....NO IDEA tuk menulis....mata rasa ngnatuk tapi kejap g dah asar,so tahan je lah mata tu ye...JANGAN TIDOOOOOO.....

Khamis, 17 Februari 2011

lalalalalala......seronoknyer

Keterujaan melanda diriku.Terasa hepi sesangat cam org jakun.Tapi itulah sebenarnyer yg jadi padaku petang tadi hingga kini.Bukan pe,aritu de join GA kat blog Hasue - Saya telah melahirkan bayi tahun 2010.Tak disangka2,cabutan bertuah telah memihak kepadaku meskipon hanyalah hadiah saguhati.Terima kasih bnyk2 ye Sue.Akak mmg seronok abis.Bukan pe,itulah kali pertama aku join contest dan leh menang lak tu.Mesti sesiapa yg dapat pon akan hepi cam aku kan...hihihi.Masih ingat g,waktu mula2 bukak blog tu.Follower pertamanyer adalah Hasue...dan tiket yg ku pegang tuk pencalonan pon no1 tau....lalalalalala....seronoknyer.Sesiapa yg baca tu jangan dok mencebik ye muka ...hati tgh berbunga2 nie...

Selasa, 15 Februari 2011

InsyaAllah....

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang kelam
Tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[Chorus]
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[Chorus]

Kembalilah....
Kepada yang Esa
Yakin padaNya,panjatkanlah doa..
Oh... Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[Chorus]x5
----------------------------------------

Ahad, 13 Februari 2011

Satu Hari Di Ban Pecah.....

 Ban Pecah,terletak di Tanjung Piandang dalam daerah Kerian.Kira-kira dlm 1jam lebih perjalanan dari Taiping.Itu termasuk le singgah beli makanan kat Bagan Serai dan singgah kejap kat Kuala Kurau.Sebenarnyer inilah kali pertama kami sekeluarga ke sana.Saja je p makan angin.Dah lama xhirup udara  kat tepi laut.Nak ke Lumut,jemu le plk.Selalu dengar citer dari teman2 je,tapi xpenah sampai pon.Aduhai...Jenuh jugak tanya orang kat mana sebenarnyer tempat tu.Ishhh....jakun toi.Signboard nk masuk ke situ pon kecik sangat la.Xberapa nk nampak.Bila sampai kat situ,terpesona seketika.Melihat pemandangan laut yg luas saujana mata memandang.Kat situ ramai yg memancing.Nak berkelah pon boleh,tapi xleh la nk hampar tikar macam kat tepi pantai tu sebab mmg xde pantai pon.Xleh mandi manda cuma leh rehat2 sambil menghirup udara dan juga memerhati gelagat kaki pancing.Hati sebenarnyer takut gak.Apataknyer,jalan nyer kecik je.Pastu,sebelah sini laut,sebelah sana lak tali air.Kiranyer jalan tu kat tengah2.Sesekali hati tu jahat gak,dok pikir,kalo le datang ombak besar,mana le nak lari.Dah le seberang tu plk tali air ngn bendang.Aduhai....kecut perut gak.Orang len ok je,xde takut pon.



 Ni le taliair dan sawah padi tu....cantik pemandangan kat situ.
 Puteriku tengah menikmati juadah.....Memang sedap makan kat situ.Angin bertiup lembut...tak terasa panas meskipon cuaca panas.


 Ha,nampak tak?Jalan kat tengah2,kiri kanan de air....sebelah kiri laut,sebelah kanan taliair.
 Bot nelayan.









Gelagat pemancing.Rata2 yg datang sini nak memancing,yg dtg dating pun ada sebenarnyer.Tapi kitorang datang makan angin je sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi

Terasa tenang je bila melihat laut yg terbentang luas.Hembusan angin yg mendamaikan jiwa.Betapa indahnyer alam ini.Suara ombak yg menghempas batu-batu,memang cukup mengasyikkan.Terbuai indah mengecapi keindahan ciptaan Maha Kuasa.Hilang seketika kegusaran di jiwa.
*
*
*
*
*
*
*
dan semalam,balik je dari sana,aku ditakdirkan pening lak kepala...huhuhu..panas gamaknyer,tapi seronok la..Jom le ramai2 memeriahkan lagi tempat tu....

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com