Isnin, 24 Oktober 2011

Jom Baca.....50 Rangsangan Menjadikan Anak Bijak .....


50 Rangsangan Menjadikan Anak Bijak

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA 
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU 
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA 
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kean anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU" 
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti

*c/p dari fb

Selasa, 18 Oktober 2011

Jom baca...10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)



*c/p dari fb

Isnin, 17 Oktober 2011

Amalan ibu bapa ketika anak ingin menghadapi peperiksaan...

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.



*c/p dari facebook.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kunjungan doktor ke rumah.....

Salam santai di hari Sabtu.Hari2 cuti macam nie,mmg riuh di rumah.Maklumlah,semua ada kan.Hari nie de tetamu nk datang.So,pepagi lagi dah sibuk kemas2 umah.Biasalah,kemas umah xsampai sejam,kejap lagi dah sepah balik.Huh,letih betoi bila dah anak ramai nie.
Semalam,aku dapat panggilan dari seseorng.Doktor dari jabatan pergigian di Hospital Parit Buntar.Dia mintak izin aku tuk ditemubual dan buat kaji selidik mengenai masalah Uwais.Aku setuju je.Dia bagitau,dapat no tel aku dari clapam.
Tetamu yg ditunggu tiba bersama familinyer dalam jam 11 lebih.Ramah betoi doktor tu.Tak nampak macam doktor pun.Ye lah,kita ni sape la sangat kan,tapi bila doktor tu ngn anak2 serta suami baik,ramah..rasa seronok pulak.Macam dah lama kenal jadinyer.Doktor Khairol Niza Ahmad,orang Parit Buntar.Lebih kurang sejam perjalanan tuk sampai ke umah aku nie.Kaji selidik semuanyer berkaitan ngn pengalaman tuk membesarkan anak yg punyai cleft macam Uwais.Penjagaan masa kecik hingga sekarang.Perasaan kita sendiri,tanggapan masyarakat,bagaimana kita berdepan ngn org ramai...ehmmm,macam2 lagilah.Bagi aku,semua anak2 sama je.Sebabnyer,masalah Uwais xdela seteruk org lain dan kini dia dah pun kembali normal.Alhamdulillah...cuma sebelum operate je,jiwa aku jadi kacau kejap...adat le tu kan.Tapi aku masih lagi waras dan sentiasa berfikiran positif.
Dah alang2 tetamu datang.Takkan le nak jamu ngn air kosong je kan.Nampak sangat le kiter nie.Aku g le goreng mee.Itu je yg sempat aku sediakan.Malam tadi,pale asyik berdenyut2,tu yg xsempat nk masakkan apa2.Alahai...Husben doktor tu pulak,g beli lemang ngn ketupat kat pasar seberang jalan nie...rezki.So aku jamu je lah deme mee goreng ngn ketupat+lemang+rendang tu.Lajak je tengok anak2 doktor tu makan.Anaknyer 4 orang,macam aku jugak.Cara kelahiran deme pun sama ngn anak2 aku.Anak no 2 je yg brsalin normal,dh tu nama pun sama gak...Alyaa dan umo pun sama..hikhikhik,kebetulan.Yg sulung dah darjah 5,no2 drjh 1,no3 baru 6 tahun dan no4 baru 2 tahun lebih.Seronok kitorng berceloteh tadi.Tapi aku nie biasalah,bila baru jumpa aku malu2 cikit...hehehe.
Sebelum balik tadi,doktor Khairol bagi cenderahati kat aku.Ubat gigi...biasalah,nama pun doktor gigi kan...Katanyer lagi,kalo de pe2 masalah atau da apa2 nk tanya telefon je dia.Yg best tu,dia jemput kitorng ke umah dia...hehehe,mmg terasa nk g tapi segan le plk aku nie...aduuussss.Tapi aku cakap betoi,walaupun baru sekali bersua muka,aku dapat sembang elok ngn dia.Macam dh kenal lama je...InsyaAllah,satu hari mungkin ketemu lagi.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Mama....xkeluar gajah puuunnnnn.....

Salam Jumaat....Pepagi lagi dah kecoh kat umah.Biasalah,pepagi berebut bilik air nak mandi.Almaklumlah,bilik air satu je.Kat tandas pun boleh mandi,tapi xde sorng pun teringin nk mandi kat situ...hehehe.Alyaa,kalo pepagi mesti dia yg nak mandi dulu.Jangan de sapa2 nk potong turn dia.Mesti merajuk punyer....haishhh,teruk toi.
Ari nie,bukanlah nk citer pasal mandi pagi2 tapi citer anak aku nk mandi ngn gajah.Alahai....camno wehhh.Semua gara2 iklan 'carrie junior' tu.
Alkisahnyer,selama ari nie aku xpenah beli mandian dr jenama tu.Selalu beli pureen ke,anakku ke atau yg jenama kodi2 je.Masa nk g 'check in' spital tu hari,aku terbeli le 'carrie junior' tu.Ala beli yg pek kecik je pun.Rege dalam 2 hinggit lebih je.Budak2 yg lain nie bila tgk aku beli mandian tu deme dah seronok.Boleh mandi ngn gajah kejap g.Aku cakap nanti lah,yg tu tuk adik Uwais bawak g spital.Ok xpe...diorng paham.
Balik je aku dari spital Sabtu yg lalu,deme dh teringatkan mandian tu.Terus ambik.Tanya aku lagi,betul ke nanti keluar gajah masa kita mandi.Aku cakap,try le.Diorng tanya g,kat spital tu hari keluar tak?Aku cakap,aah,keluar.Pe lagi,bila dengar aku cakap camtu,terus g mandi si Alyaa ngn Kauthar nyer.Sakan le main air ngn sabun.Pastu,aku dengar diorng jerit panggil aku.Mama,mana gajahnyer,xde pun.Aku kata dah xde tab mandi,kalo ada mesti keluar punyer.Diorng percaya apa yg aku cakap.Tapi tu la,sedikit hampa gamaknyer diorng tu.Ye lah,punyer la excited nk mandi ngn gajah tetiba xkeluar pulak....aduhaiiii...

Moral kat sini....
Xusah le tipu2 budak2,diorng akan percaya apa yg akan kita katakan walaupun mende tu tak munasabah langsung dek akal.Lagi satu...iklan2 kat tv,terlalu berpengaruh kat budak2...so kenala kita awasi diorng supaya hanya yg elok saja boleh jadikan contoh...


gambar...ehsan google je..

Khamis, 13 Oktober 2011

Uwais nyer Bday.....

Semalam....aku betoi2 rasa cam bz....Dari pagi sampai la malam.Rutin biasa pepagi,of course aku kena kemas umah,jaga baby...huhuhu,letih jugak.Tapi umah tenang je bila anak2 yg lain dah pegi sekolah.Dalam kul 11 pagi,aku siap2  bawak Uwais ke klinik.Kena cucuk tuk setahun (MMR-measles,mumps & rubella).Semalam,budak2 pelatih yg handle..alahai lambat toi.Nak menulis atas buku tu jenuh.Tapi nk wat camne kan deme dok tgh belajo lagi.Pastu datang le staffnurse,bagi tunjuk ajar le plk kat budak2 pelatih tu.huhuhu,letih jugak aku menunggu.Macam biasa,Uwais mesti dapat susu tepung free dan multivitamin jenama pharmaton.Alhamdulillah...rezki.

Balik dari klinik terus g kedai kek.Cari kek tu Uwais.Tengahari dah tentu aku xmasak.Just beli lauk je.Balik,sampai umah,cu(mak sedara aku)datang.Dia bawak ketupat +rendang daging.Nak celebrate bday Uwais katanyer.So,bila dah macam tu,pln berubah.Memulanyer kitorng cuma nak bawak famili g makan kat Pizza Hut je.Tapi bila dah cu bwk ketupat,maka aku tuko le pln.Buat le majlis makan2 sikit kat umah.Pastu aku tepon mak sedara aku yg 2 org lagi tu datang.Maka terhasilah majlis sambutan bday Uwais secara kecil2an...hehehe.Aku ni plk,takkan nk jamu tetamu mkn kek ngn ketupat je kot...adusss...Maka,aku merajinkan diri walaupun badan terasa penat...(ye la,tuk anak manja mama,mama akan buat ape jugak tau),aku buat puding roti,puding lumut ngn mee goreng.pastu goreng keropok monny cikit.Jadilah kan...Ok,jom layan gambo yg secoit je tu...xsempat nk ambik gambo cantik2...pakat nk mkn dah.Ye lah,masa tu dah dekat kul 6 petang...sebab tunggu kakak Alyaa balik sekolah agama.


 Kek coklat yg dilapisi ngn coklat chips kat dalam tu...mmg sedap...rasanyer yg paling bnyk makan...ehmm,aku le tu..
 Bday boy tengah nk potong kek.Gambo trpaksa diedit..sebab ada mama yg tersangat le cun nyer kat sebelah tu...


Menu-menu semalam








*dan malam tadi jugak Uwais jatuh katil...sian anak mama nasib baik xjadi apa2.Aku masa tu belum tido g.Uwais dah tido ngn ayah atas katil.Entah macammana,ayah xsedar Uwais dah golek2,dah kelepuk atas lantai....Geram toi aku ngn cik husben...selama hari ni dok tido ngn aku masa ayah keje malam xde plk nk jatuh ke apa ke.Lagipun aku akan tido kat bawah je...no katil2...riso takut jadi cam semalam.Tapi tu la,jadi jugakkkk...eiiiiiii

Rabu, 12 Oktober 2011

Uwais.......Hepi Bday 1st to My Boy...


Tanggal 12 Oktober datang lagi....Setahun sudah pun berlalu....Genaplah sudah usia Uwais Firdaus Alqarni,satu2nya putera ku,berusia 1 tahun...Alhamdulillah,Uwais dah sihat....operation pada tanggal 30 September yg lalu juga telah berakhir dengan kejayaan.Uwais dah kembali normal seperti kanak-kanak lain.InsyaAllah,Uwais akan tetap membesar seperti kakak2 nyer jugak.Perkembangan Uwais terkini....dah boleh membebel....rajin toi bercakap(keluar bunyi2...gegege,bebebebe.mamamama)sejak balik dari spital,Uwais dah laju merangkak,dah boleh bergantung2 pastu terus berdiri.Dah berani lepas tangan bila berdiri dekat mama.Gigi dah tumbuh 2 batang.Muncul kat bawah dulu...Dah makin nakal sekarang nie.Dah xboleh tinggal sorang2,mesti nk mengekor....dah merangkak sampai kat bilik air...ehmmmm...jenuh,letih la.Tapi mama seronok,bila tengok Uwais dah membesar dengan elok...cerdik sangat..Harapan mama,semoga Uwais menjadi anak yg soleh,yg cemerlang dunia akhirat,sentiasa di berkati Allah,di murahkan rezki selalu dan apajua urusan akan dipermudahkan oleh Allah.
Buat anak mama Uwais.....mama sayang Uwais sangat2...muuuuaaaaahhhhh......

Selasa, 11 Oktober 2011

Jom tengok penyu.....

Assalamualaikum....pagi nie dingin je.Dari subuh tadi dah turun hujan.Cuaca mendung je...hujan renyai2.Kalo dapat tido,mmg best nie.Tapi apa kan daya...bnyk tugas menanti.Ok,hari nie nak sambung pasal citer semalam.Lepas je balik dari Teluk Senangin,kitorang berangkat balik....dalam perjalanan,singgah le plk kat area Segari...g tengok penyu le plk.Selama hari nie lalu je tapi xpe singgah.Tempat penyu nie masuk ke dalam,Pair Panjang nama tempat tu.Tak jauh ngn tempat org tengok anak bulan.Meh layan gambo sekeping dua ni ye.Malas nk tulis panjang2,idea dh kering.Yg dok bertakhta di hati skrng,nak masak pe tuk tengahari nie.Jam dah kul 10 lebih...ahhhhhh...malasnyer....dah2,xusah bebel..jom kita g tengok penyuuuuu...

Depan pintu masuk.Masuk free.Dibuka setiap hari sampai jam 5 petang.
Budak2 punyer le seronok dapat tengok binatang2 nie....

Tuntung laut pun ada....comel2
Baby penyu...banyak toi.suka sangat budak2 nie.Diorng cakap rugi Uwais xdapat tgk..Uwais tido dalam kete ngn pah....so,xdpt le g tgk.Lenkali,deme nk g lagi...nk tunjuk kat Uwais lak...
Panas.....ambik gambo xleh nk celik....kikikiki
Naik replika penyu yg akan panas bontot.....kikikiki
 Pemandangan laut kat area situ...cantik sangat....
 Sempat g posing2......
Pastu....singgah bergambo depan ni plk......
Ishhhh.....cik husben bawak deme g masuk lak tempat nengok anak bulan nie....pagar xkunci,jadi g tumpang masuk ambik gambo je....xde buat mende lain...hehehe....so,tamatlah citer g Teluk Senangin dan tengook penyu kat Pusat Pengurusan Penyu Pasir Panjang Segari.....Jom2...balik le kiter...tapi opsss,singgah kampung le plk pastu kat Batu Hampar.....Balik dari sana kul 6 lebih....Tamat sudahhhhhh....

Isnin, 10 Oktober 2011

Santai di Teluk Senangin.....

Assalamualaikum.....Pagi Isnin yg bz.Bnyk keje yg kena bereskan.Kain baju kn sidai,umah kn sapu.Pastu usung lemari,kemas baju2 Uwais yg selama hari nie dok dalam kotak pindahkan lak masuk dlm lemari.Dah makin bnyk le plk baju si kecik nie.Hari nie,ayah balik awal.Najla ngn Alyaa pun balik awal.Kul 11 dah balik.Kat sekolah de sambutan Hari Kanak-Kanak.Dapat le makan free....nasi ayam,sirap +aiskrim.

Semalam....Ahad,semua cuti.Dah lama xg jenjalan....ehhmmmm,ye ke lama dah...????Bukan hari2 ke brjalan...hehehe.Hati pun dah senang sikit.Uwais pun dah selamat,dah sihat.Maka,g le ambik2 angin kat tepi pantai lak.Memang dah lama xg pantai,mandi2 laut.Minggu lepas,mkngh/pkngh yg dok Ipoh tu ajak g Teluk Batik.Tapi kami xdpt nk ikut.Maklumlah,masa tu Uwais baru sangat kena operate.Keluar wad ari Sabtu,diorng ajak hari Ahad...so,mmg kesian kat baby kan...Sebenonyer xde pln pun nk g...ikut je kaki melangkah...hihihi.Alang2 dah nk balik kampung tu maka lajak le sikit ke depan je sikit g.Maka tersampai le ke Teluk Senangin....Sampai pun dah tengahari.Kitorng cuma singgah kat pekan Pantai Remis beli nasi ayam ngn air teh o ais.Dah nama pun xplan,so mmg xde mende pe pun yg di bawak...Yg ada dlm kete tu cuma tikar ,pinggan plastik,sudu,garfu...

Meh le layan gambo2 yg sempat di snap.....



Memula tu posing2 kat gigi air....
Celup2 kaki je...xde aktiviti mandi manda sebab xde bawak baju salin pun...yg de baju Uwais je
Cantik tau pemandangan kat sana...bayu laut pun nyaman je...memang sesuai nak tenagkan fikiran sebab kat situ tak sibuk macam kat Teluk Batik


Uwais......seminggu lepas operation,dah g jenjalan makan angin
Kat sini le kitorang hampar tikar pastu makan2 ngn bekal yg dibeli kat Pantai Remis tu...tapi gambo mkan2nyer malas nk tnjuk....lawo sangat
Aktiviti petik daun2 ngn bunga2 dek budak dua beradik yg memang lasak tuuuuu
Lastly.....tengok...dalam xde baju salin...diorng mandi gak....lantak korang lah....KakYong still maintain...malu nk mandi,dh beso le katakan....

Ok,stop sini dulu...balik dari Teluk Senangin,kitorang singgah tempat penyu lak kat Segari...next n3 ye....

Jumaat, 7 Oktober 2011

Alhamdulillah...Uwais dh selamat di bedah

Assalamualaikum...Seminggu dah berlalu.Jumaat lepas,hati bagai meronta2,cemas,kegelisahan.Berbagai2 perasaan yg datang dalam diriku.Namun tatkala ini,hati dah lega.Syukur ke hadrat Ilahi kerana pembedahan Uwais dah pun berjaya.Terima kasih kepada semua saudara mara,sahabat handai yg bersama-sama mengirimkan doa buat Uwais tak kira di fb ataupun di blog ini.Sebagai kenangan,aku catatkan rentetan peristiwa kelmarin...

Khamis 29 September 2011
9.50 pagi - Sampai Ipoh
10.00 pagi-Appoinment di klinik pembedahan
10-57 pagi-Dah siap daftar kat kaunter
11-20pagi-'Check in' di wad 5D.Bilik no3,katil no3.
Di wad-rutin biasa,doktor ambik darah,cucuk jarum,ambik tekanan darah
Petang-Doktor bius datang.Bagi penerangan tentang bius dan pembedahan esok.

Jumaat 30 September 2011
3 pagi- Dah start puasa.
8.30 pagi-Segerombolan doktor pakar datang.Check Uwais.Kes ke2 tuk di bedah pada hari tu.
10.37 pagi- Masuk air
11.50 pagi- Bersiap tuk ke dewan bedah am di Tingkat 3.
11.59 pagi- Menunggu giliran di ruang luar dewan bedah
12.30 tengahari- Uwais di bawa masuk ke ruangan dalam dewan bedah oleh aku sendiri.Setelah Uwais di bius dan dah xsedar baru aku keluar.
1.50 tengahari-Pembedahan selesai.Aku dipanggil masuk.Uwais dah melalak,dah sedar.Menunggu di ruang pemantauan.
3.00 petang-Balik ke Wad 5D

Sabtu 1 Oktober 2011
8.30 pagi- Doktor datang.Dia tanya nak balik ke nak stay lagi sehari.Dah tentu,aku nak balik.Tu pun setelah aku tengok Uwais dah boleh minum susu ngn elok wlpun perit nk menelan.Dapat discaj aritu.
1.00 tengahari- 'Check out' dari wad.


Tanda nama Uwais...dah xde pun nk buat kenangan.Dah tercabut masa kat dewan bedah.

Hari pertama di wad.
Hari kedua di wad.Sabar menanti panggilan dari dewan bedah dengan perut yg kosong.
Di ruang menunggu dewan bedah.
Dah selesai bedah.Masa ni dah masuk wad balik


Jutaan terimakasih dan sekalung penghargaan buat semua.Terutama team pembedahan di Dewan Bedah Am Tingkat 3 Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Semua staff dan doktor di Klinik Pembedahan.Juga buat semua staff yg bertugas di Wad 5D,Wad Pembedahan Kanak-Kanak.Jasa kalian tetap akan ku kenang hingga akhir hayat.Terima kasih kerana sudi melayan karenah kami sekeluarga.Buat adik-adik pelatih,akak happy ngn adik2 semua.Keramahan korang buat akak terlupa masalah yg akak hadapi.3 hari 2 malam kami di Wad 5D...kenangan terindah yg sukar dikikis...Terimakasih semua...

*Aku dah karang cerita penuh 3 hari 2malam di hospital.Tapi entah kenapa,aku rasa terlalu sukar tuk kukongsi bersama di sini..Biarlah cerita itu bersemadi di hati....Hanya kegembiraan yg ingin ku kongsi bersama.Biarlah segala kesukaran hati ,ku pendam saja di lubuk hati...

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com