Ahad, 30 Julai 2023

Kita hanya mampu merancang....

 Assalamualikum wbt

massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku 

dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga,

kali akhir bersama masa hantar mak kat airport klia ,

xsangka itu detik akhir .Mak kali pertama tunai umrah meski pun 

umur dah 84 tahun, rejeki tahun nie dapat pergi bersama anak sedara .

Niat  dah lama,,cuma  sekeluarga xdak rejeki.


Pergi yang xkembali daah, mak meninggal di hotel di madinah selepas dah

selesai buat ibadah umrah,dan  dikebumikan di madinah jugak.

Rejeki mak,sebelum nie  selalu dok sebut nak meninggal kat tanah suci.

Tak sangka semua berlaku pantas. " kita mampu merancang , Allah menentukan"

Syawal akhir bersama , baju raya pun mak xmahu pakai.katanya nak pakai masa

ke mekah. gambar2 raya pun xambil. Cuma kami ja xsedar detik2 akhir bersama kami.


Berat jua hati kami sekeluarga terima, 

Allah ja yang tau, betapa berat dugaan 

nak xnak sama2 terus berjuang untuk kehidupan .....perjalanan kami masih panjang lagi



Insya Allah , bersambung lagi 

AL-FATIHAH  ibu ku 

Cikgu Selbiah bt Yusop




Sabtu, 9 Julai 2022

SALAM RAYA HAJI...

 Allahuakbar, Astaghfirullah,

Arafah adalah Gambaran kita di Padang Mahsyar kelak, Takkan mungkin, Takkan mampu, takkan boleh kita dapat cari orang2 yg kita pernah buat salah, silap, aniaya, ngumpat & sebagainya untuk minta maaf sesama kita.
Ishfaqlana Ya Rasulullah!
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Umat Islam berduyun-duyun ke Arafah untuk menunaikan rukun wuquf dan memenuhi hari dengan ibadah dan doa.
Allah indahnya pemandangan ni. Semoga kita semua dapat menikmati peluang sebegini... insha'Allah
GAMBAR DARI FILE GOOLE

Isnin, 20 Jun 2022

Ahad, 19 Jun 2022

Terbang si burung terbang...

Assalamualaikum wbt.... lama sungguh tak coret2 kat sini,
kekadang ada masa mai malas,kekadang xdak masa pulak
rutin hidup saling berganti suka,duka.
Lumrah kita sebagai manusia..kan
Apa pun kita terus perjuangan meniti kehidupan .
bak burug terbang saban hari mahu xmahu akan terus 
terbang ....
Insya Allah akan ku coretkan......





Ahad, 30 Ogos 2020

SALAM KEMERDEKAAN KE63


 MALAYSIA PRIHATIN 2020

SEGALA NORMA BARU,MOGA RAKYAT MALAYSIA CEKAL MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN SERBA BARU DI ERA COVID19.

RAPATKAN SAFF ANTARA KITA...

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA......


Merdeka!
ASAL-USUL JALUR GEMILANG SECARA RINGKAS
– Pertandingan mereka cipta bendera kebangsaan telah diadakan pada Mei 1948 dan disertai seramai 373 karyawan. Hanya tiga reka bentuk bendera terpilih ke peringkat akhir pertandingan pada 15 November 1949 dan rekaan arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Mohamed Hamzah mendapat undian majoriti dan perkenan Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.
– Bagaimanapun reka bentuk asal bendera ciptaan Mohamed, yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, telah dibuat beberapa pindaan seperti bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja.
– Bendera negara pada awalnya dikenali sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu dan dikibarkan buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran dihadiri oleh Sultan Selangor dan Menteri Besar bagi Negeri Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.
– Ia telah dinaik dan dikibarkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
– Pada 16 September, bendera Malaysia dengan 14 jalur merah dan putih berkibar buat kali pertama selepas penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura.
– Walaupun Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, bendera negara tidak mengalami sebarang perubahan dengan 13 jalur melambangkan 13 negeri manakala satu jalur adalah simbolik kepada Kerajaan Persekutuan.
– Jalur Gemilang diumumkan sebagai nama rasmi bendera Malaysia oleh Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam 31 Ogos 1997 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
MENGAPA JALUR GEMILANG PERLU DIHORMATI
– Ia merupakan lambang kedaulatan negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi.
– Sebagai tanda ketaatan rakyat yang mencintai negaranya.

Selasa, 7 Januari 2020

op dapur

Assalamualaikum wbt,
kisah hari niee,

Off memasak...hari ni hari memunggah sedunia.Kali ni kita punggah dapur...buang apa yg patut,susun balik barang2... Hadoi rasa mcm nk pecah kepala bila tgk berserabut ni...ada sesape yg nk hulurkn bantuan...plzzz...helppp...😰😰cite
Taraaa.....






Ahad, 5 Januari 2020

welcome 2020

Assalamualaikum wbt...

.Macam mimpi je rasa.Dulu masa zaman budak2 selalu buat karangan pasal wawasan 2020..selalu trfikir mcm mn le aku ketika itu.Tup2 esok dh 2020.Ehmmm...tika ini,alhamdulillah dh jd mak budak,jd isteri orng..Mudah2an Allah panjangkn usia ku utk sampai ke tahun 2020.Rasa sedih le pulak nk meninggalkan tahun 2019...trlalu bnyk kisah suka duka...Aku xde azam baru..tapi aku cuma mengharapkn dengan munculnya tahun baru,hidupku bersama keluargaku ini akan lbh bersinar...




moga lepas niii...kita bertemu lagi ...

Ahad, 10 Jun 2018

Dihujung-hujung Ramadan

Assalamualaikum  wbt.
Masa pantas  berlalu  ...Ramadan  1438h udah dihujung2.Rutin kesibukan  siap2 mana  ygt patut,baik dari  baju2 raya anak2 ,kuih  Raya buat  sendiri.

Isnin, 17 Oktober 2016

Kau,Aku&Kita

kehidupan bukan seperti apa yang kita fikir ,impinkan dan kenyataan bermain dalam kotak fikiran kita...
segala yang datang pasti akan pergi kau aku &kita.  Yang berlalu tidak dapat aku putarkan kembali dan terselit dalam lipatan memori .
Kehidupan tidak semudah apa yang kita bayangkan..
Assalamualaikum wbt...buat semua rakan2 yang sudi.

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...