Sabtu, 30 Januari 2010
Sedih tau........
Jumaat, 29 Januari 2010
Meh Singgah-Aper Khasiat Kurma,Kismis&Madu...
Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "
KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus di buat, makanan-makanan manis yang lain perlulah di jauhkan.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Wallahu a'lam.
Rabu, 27 Januari 2010
Chicken Chop Ala Deeja.....
Ayam-deeja celup telur dulu,pastu salut ngn biskut cream crackers yg dh dihancurkan.Goreng
Coleslow-Kubis & karot di hiris halus.Campur mayonis dan sedikit gula.Siap.
Nasi-masak cam nasi ayam biasa.
Sos lada hitam-Tumis bawang merah/putih.Campur lada hitam kisar dlm 5 sudu.Masukkan air rebusan ayam.Campur ngn sos tomato sikit,kicap,gula.Renihkan.Kalo nk pekat,campur tepung jagung.
Selasa, 26 Januari 2010
Puding Lumut
1 paket agar2 serbuk
4 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
1 cawan gula
Daun pandan-dijadikan pati(tapi deeja guna pati pandan segera)
Cara buat
Masak air ngn agar2 hingga mendidih
Masukkan bahan2 lain ke dalam agar2 tadi dan kacau sebati
Sejukkan kedalam acuan.
Strawberi Coklat.....
Isnin, 25 Januari 2010
Siakap Sweet Sour.....
Ikan-deeja guna ikan siakap(goreng dahulu)
Bawang putih,merah&halia
cilipadi-diketuk
serai-diketuk
daun limau purut-dicarik2
tomato-dibelah 6
bawang besar-hiris bulat
daun sup/bawang-potong panjang2
Sayur campur sejuk beku
Cara...
Bawang putih,bawang merah & halia ditumis
Masukkan sos cili dan sos tomato.(ari ni cuma pakai sos cili ngn sos cili thai)
Masukkan semua bahan2 lain.
Tambah air.
Perasakan ngn garam dan gula.
Jumaat, 22 Januari 2010
Tumis Pucuk Paku Belacan....
Puding Kastard Marble....
Bahan.
4 sudu besar tepung kastard*
1 cawan gula*
1/2 cawan susu tepung*
4 cawan air*
1 peket agar2 serbuk(10g)*
3 sudu besar mentega
sedikit serbuk koko
Cara buat.
Didihkan bahan bertanda* sehingga likat.
Bila dah agak likat,masukkan mentega.
Kacau hingga sebati
Bahagikan adunan kepada dua
1 warna asal,1 lagi di campurkan serbuk koko.
Tuang dalam acuan.Dinginkan.
Khamis, 21 Januari 2010
Sotong Goreng Tepung......
Rabu, 20 Januari 2010
Mee Kari.....menu hari ini....
Isnin, 18 Januari 2010
Jom Baca-Bulan Safar.....
SAFAR
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei]
Sabtu, 16 Januari 2010
Sepetang di Kuala Kangsar.....
Layan je lah ye gambo nie...nak bawak pegi betoi2 tak leh le plk....
Jumaat, 15 Januari 2010
Cucur Kembung......Cok Bantal....
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu garam
1 biji telur
Air untuk menguli-dalam 1/4 cawan.
Cara....
Campur semua bahan.
Uli.Simpan doh dlm 1/2 jam
Bentukkan
Daging Masak Kicap....
Khamis, 14 Januari 2010
Asam Pedas Terubuk.....
- 1 ekor ikan terubuk (dipotong)
- bawang besar (dikisar)
- bawang putih (dikisar)
- halia (dikisar)
- cili kering (kisar)
- 1 batang serai (diketuk)
- sedikit kunyit serbuk
- daun kesum
- bunga kantan
- air secukupnya
- sedikit air asam jawa
- minyak utk menumis
- garam secukup rasa
Masukkan air dan ikan
Kmd masukkan kesemua bahan lain.
Perasakan ngn garam
Sarapan Hari Ni.....Garlic Bread+Hot Chocolate
Rabu, 13 Januari 2010
Terubuk & Sotong Bakar.....
Selasa, 12 Januari 2010
Chocolate Cake....
Isnin, 11 Januari 2010
Kembali Lagi....Bihun Sup....
Jumaat, 8 Januari 2010
Nak Berehat....
Semoga teman2 setia ngn blog deeja ni ye....Take Care uols...
Khamis, 7 Januari 2010
Aku Masih Tiada Mood.......
Rabu, 6 Januari 2010
Hatiku tengah geram.......
Asam Rebus Keladi.....
Tomyam putih....
Selasa, 5 Januari 2010
Kuih Bakar....
- 1 cup gula
- 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
- 2 cup tepung gandum
- 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
- 2 tbs butter
- 3 biji telur
- 1/2 tsp garam
- colour hijau
- bijan
- campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
- masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
- panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing. *lepas 20minit baru hana taburkan bijan! supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit sbb hana gune bijan yg dh sangai.Jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.
Kita hanya mampu merancang....
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Assalamualaikum wbt. Masa pantas berlalu ...Ramadan 1438h udah dihujung2.Rutin kesibukan siap2 mana ygt patut,baik dari baju2 raya a...