Assalamualaikum....salam ceria.Tatkala ini,jantung ku bagai nak luruh...hati berdebar2...risau,gementar,tak sedap hati semuanyer bermain dalam fikiran ku.Tapi tu semua adalah lumrah sebagai manusia.Apa2 pun aku kena kuat,kena tabah untuk menghadapi semua rintangan.
Sebentar tadi ,sekitar jam 12.30 tengahari,Hospital Ipoh dah pun call aku.Tanya macam mana keadaan Uwais.Ok,alhamdulillah..Uwais sihat.Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberi kesihatan yg baik pada anakku.Esok,29 September.....kami akan 'lapor diri' kat spital.Uwais dijadualkan akan menjalani pembedahan pada pagi 30 September bersamaan hari Jumaat nie.Ya Allah,selamatkan anakku Uwais.Permudahkanlah semuanya.Janganlah ada apa jua komplikasi....Pada semua teman2 yg terbaca coretan ini,aku memohon agar dapat mendoakan Uwais....
Pada Uwais anak mama.....mama doakan yg terbaik buat Uwais....kuatkan semangat...mama ingin melihat anak mama menjadi seorang anak yg sempurna..InsyaAllah....semuanya akan dipermudahkan...
(Hari nie,Uwais asyik meragam je,asyik nk minta di dukung je....hati ku dah sebak nie....so,tinta bicara di tamatkan disini dulu...sebelum linangan air mata menerjah laju di pipiku)