Ahad, 30 Ogos 2015

#sehatisejiwa....Malaysiaku





Salam kemerdekaan ke58,Malaysiaku hari menyaksikan pelbagai rintingan&cabaran

*kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari cengkaman penjajah yang senantiasa menjadi petualang demi untuk kepentingan mereka.
Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah.
Kemudian dengan bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu pada 1874, ini mula menimbulkan kebencian terhadap penjajah, yang akhirnya mendorong orang Melayu untuk bangkit menentang British.

Jumaat, 5 Jun 2015

Mencari dan mencari

Allah pnjangkan lah umur kami agar sempat d bulan tarbiah...ramadhan al mubarakah..


Ahad, 4 Januari 2015

Ingin kembali sbg blogger......

Assalamualaikum,pembuka bicara di tahun 2015.Hajat dihati ingin kembali berblog pada tahun nie....tapi adakah ini sekadar azam di tahun baru ataupun benar2 ingin kembali mewarnai persada blog yg dh lama sepi. Insya Allah, jika ada ruang dan waktu akan ku coretkan sepatah dua kata di blog usang.

Rabu, 31 Disember 2014

seketika aku.....

malam yg indah..try pandang ke langit nun,kelip2 cahya dari pesawat jelas terserlah serta
bintang2 dan bulan mempamerkan wajahnya....begitu besar KebesaranNYa...

1-1-15 bagi aku rutin2 hidupan aku berputar mengikut arusnya,amanah&tanggungjawab pada Pencipta&,Family selagi Nyawa dikandung badan.Kisah suka-duka pasti akan terlakar tanpa diduga."Kita hanya mampu merancang"

Assalamualaikum......

Jumaat, 17 Januari 2014

Seketika di Gopeng....

Bersua kembali di tahun baru 2014.Blog usang yng hampir terlupus dari ingatan.Terlalu bnyk cerita yang ingin di muatkan dlm blog,tapi entahlah,kesuntukan masa,ditambah pulak dengan idea untuk menaip sentiasa hilang,membuatkan blog ini hampir terkubur.Tapi takpelah,catatan baru untuk tahun ini,aku mulakan dengan aktiviti famili g jenjalan ke Gopeng.Pe yg ada di Gopeng?Gopeng sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kampar Perak.Sebenarnye xde pe2 yg luar biasa tentang pekan kecil ini,tapi disebabkan lukisan2 mural kat dinding bangunan telah menggamit hati untuk singgah bergambar.So....biarlah gambar yg menceritakan segalanya.....

Muzium Gopeng

Cuma dapat bergambar kat luar muzium je sebab dah tutup....  Bukak hanya pada hari Sabtu dan Ahad jam 9 pagi hingga 3 ptg sahaja
Waktu kami sampai sini,ngam2 kul 3 petang.xde rezki nak nengok dalam tu..Mungkin satu hari kami akan datang lagi...nak lawat jugak dalam muzium tu.
Yang ni bergambar ngn basikal roda tiga,bersebelahan ngn Muzium Gopeng tu ha.
Gambar2 yang di bawah ni semuanye berlatarbelakangkan mural2 yg dilukis.Tapi sayang,lukisan tu dh pudar catnye....









Ok...itu aje cerita2 jalan2 bergambo kat Gopeng...daaaaaa

Sabtu, 23 November 2013

warkah dari Taiping


Assalamualaikumwbt..19 Muharam 1456H


 Taiping bila ku pandang dari satu sudut...
dalam kekalutan mencari ruang..tetap dalam hati
~~~~smile~~~~

Isnin, 1 April 2013

Sepetang di Lumut.....

Assalamualaikum.....lama sudah tidak mencoret di blog usang ini.Yang ada pun sekadar copy paste dari artikel2 yg tertentu sahaja.Tahun 2013 dah masuk ke bulan April.Seminggu budak2 bercuti...takde g jenjalan jauh2 pun.Sekadar makan angin di dalam negeri aje...Berkesempatan jugak le ke Lumut,pegi pon dah lewat.Bertolak dari rumah dah jam 3 lebih rasanye.Jarak perjalanan kesana dalam 2 jam jugak lah.Kesana pun sekadar pegi ambik angin laut belah petang,pusing2 pekan Lumut.Soping ikan bilis ngn hasil laut,kemudian ke AEON Manjung aje...

 Hai...saya Uwais..saya dah besar,umo dah masuk 2 tahun 5 bulan.Dah boleh berjalan,berlari,mulut makin riuh,pandai conteng2.Tapi saya sekarang memang pemalu...

Saya Alyaa...saya makin cute,kuat makan sangat.Sekolah dah dalam tahun 3.

 Jom main panjat-panjat...Yang tersandar kat belakang tu Kauthar.Dah masuk tahun 1.Badan masih cekeding sebab makan kurang,penat g sekolah kot.Pagi petang kena g sekolah...hehe

 Saya Kak Yong aka Najla.Makin comel tak saya?Dah jadi anak dara sunti.Sekolah dah pun Tahun 5.

 Besonye ketam kat atas tu,kalo wat masak gerenti leh wat kenduri...ehmm
" Makan angin tepi laut ni memang best...rasa mcm nk mandi je kat air tu..."
 MPM.....Majlis Perbandaran Manjung.Kat belakang tu jeti nak ke Pangkor...




Aduhai,tengok pe le gamaknyer tu????


Dah le ye,takyah le tengok lama2 tu anak2,kita jenjalan tempat lain plk ye...hihi

Lepas pusing2 sekitar tu,kitorang pon bertolak ke AEON...bukan soping pon, sekadar cuci mata aje...Tapi kat situ jugak le aku dah terembat novel,kat Popular...Perut pon mintak diisi,hanya sebiji pizza saiz besar buat pengalas perut.Balik ke Tepeng cari kedai siam...lapo,cari nasik jugak....

Ok,bertemu lagi nanti...InsyaAllah.....

Sabtu, 30 Mac 2013

Sabtu, 16 Februari 2013

Pedoman Buat Ku

TAZKIRAH MAGHRIB

10 Surah dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)
 















بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


TAZKIRAH
 
10 Surah dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
 

Ahad, 10 Februari 2013

tak yah tajuk lerr....

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya." Anas bin Malik r.a


gambar  sebagai hiasan buat santapan minda

Rabu, 30 Januari 2013

Masa terlalu pantas..



" Jangan  terperangkap  dalam  kenangan  silam  dan  jangan  terlalu  risau  tentang  masa  hadapan .  Hiduplah dan  nikmatilah  saat  sekarang . Terkenangkan  masa  silam , kita  lemas . Terfikirkan  masa  depan , kita cemas . Bukankah  hari  ini  adalah  emas "





*masa yang lalu tak kan kembali,hanya lakaran hidup yang telah kita coretkan sebagai tatapan untuk hari esok.
menanti esok-esok pelbagai dugaan dan cabaran terhidangkan buat kita.Mendidik Anak-anak hari ini pelbagai
rintangan bakal di harungi untuk kejayaan hari esok.  

Salam Syawal (26 april 2025)

  Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...