Jumaat, 8 April 2011

Telur Bistik Ayam....



Hidangan telur bistik ni merupakan menu kami sekeluarga kalau g makan kat kedai siam.Memang suka sangat.Anak2 lah yg paling suka.Di sebabkan ketandusan idea nak memasak,so semalam aku cuba,test,try buat masakan telur bistik nie.Berdasarkan apa yg aku rasa,aku olahkanlah sendiri cara2 nak buat tu.Main hentam je sebenarnyer.Janji sedap tuk dimakan.Kat sini aku catatla segala macam resipi yg aku men hentam tu,supaya boleh jadi rujukan.Aku ni kan selalu pelupa.Bila dah tulis kat blog,senang sikit bila nak masak balik nanti....

2 biji telur ayam-dikacau
Cincangan ayam
Serbuk perasa
Sedikit tepung jagung
(Kesemua diatas tu dipukul sekali)

Bahan kuah
Bawang putih/bawang merah-untuk tumis
Sos tiram
Sos cili
Sos plum
Sedikit garam/gula
Daun limau purut-dicarik2
Cili padi-diketuk
Hirisan bawang besar,cili potong
Sayuran sejuk beku

Cara buat.
Telur yg dah dipukul digoreng hingga masak
Tumis bawang,masukkan kesemua sos,gula,garam dan air
Seterusnya masukkan bahan2 lain.
Reneh sehingga kuah agak2 pekat.
Kemudian tuang kuah atas telur tadi
Sedia tuk dihidangkan.

*Bahan2 kat atas tu semua men agak2 je

Tiada ulasan:

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...