Selasa, 21 Jun 2011

Bertemu Kak Hasmizan & Famili.....

Menjelma kembali di lembaran Selasa....Perkenalan,pertemuan....itulah adat manusia.Hari Sabtu yg lepas merupakan kenangan terindah buat aku.Itulah pertama kali aku bertemu dngan kawan di alam maya ini.Mungkin bunyinyer agak pelik...itulah kenyataan.Orang lain mungkin dah berkali2 bertemu ngn kenkawan di fb ataupun blog tapi aku baru kali ini berkesempatan berjumpa dan bertentang mata sendiri dengan rakan maya.Selama hari ni,hanya bertegur sapa melalui chat box di blog.Kemudian berchat di fb.Kemudian berbual ngn telefon.Dan akhirnyer berjumpa sendiri ngn tuan empunya diri...Alangkah indahnyer ku rasa.Inilah cerita ku bertemu dengan Kak Hasmizan.

Kelakar....bila mengingatkan kembali saat2 ingin bertemu.Pe tidaknyer,kitorang berjumpa kat Cameron Highlands.Kak Mizan dari Paka Terengganu.Aku lak dah tentu dari Taiping.Jauh tu kan.Rezki nak berjumpa di Kuala Terengganu tempohari masa aku ke sana tak kesampaian.Husben Kak Mizan dah kena bertugas lak.So,xpe lah...rezki masih memihak pada kita,dapat jugak berjumpa akhirnyer.
Kak Mizan ke sana mengikuti konvoi...Konvoi pe ye kak,lupa le plk...hehehe.Kitorng dah berjanji nak berjumpa tu masa cuti sekolah tu lagi...lama le gak kiranyer.Citer kelakarnyer...ish3.Dua2 pakat xtau tempat.Sorang ke hulu,sorang ke hilir.Ye lah bukan nak kata la,dah nama pun bukan tempat sendiri.Jadi,pakat2 sama xtau la..Sampai je aku kat CH,aku call kak Mizan.Kak Mizan bagitau de kat Tanah Rata.Aku lak,masa tu singgah kat area Tringkap.Pastu lak,Kak Mizan call lagi kata dah de kat Boh estete.Aku pun xkisah la kat mana nak jumpa pun xpe..janji leh jumpa.Kitorng pun patah le balik.G le kat Boh Tea Sungai Palas tu.Masuk ke dalam....biasale jalan teruk,berliku2...ngn kete lak bnyk.Sampai sana,aku call lagi.Katanyer de kat cafe atas tu.Kitorang pun naik le cari.Sampai sudah aku cari xjumpa...adussss,camno ni.Betoi ke tempatnyer...Jenuh bercall berkali2...tanya itu ini.Kemudian,kami pakat gelak sama2.Pe taknyer,dua2 xtau yg Boh Tea tu ada 2 tempat....hehehe,mana nak jumpa ,sorang kat Boh Sungai palas,yg sorang g kat Boh kat area Ringlet tu....ish3....Nak buat cmne kan..dah ke tempat orang.Mana le nak reti...
Akhirnyer,kami ketemu gak setelah penat mencari....Seronok betul aku,bila dapat bersembang live ngn Kak Mizan.Peramah orangnyer...Tapi aku ni malu sikit...hihi.Sori ye kak....kalo Aja xreti nak sembang2.Memula tu jumpa kat taman tak jauh ngn pekan Tanah Rata.Pastu,kami diajak plk ke apartment tempat Kak Mizan menginap..Kitorang xbleh lama kat situ....Masa cukup mencemburui kita,xpuas rasanyer ketemu.InsyaAllah,kalo de rezki lagi,mungkin kita akan ketemu lagi..Kami sekeluarga berangkat pulang lebih kurang jam 4 petang....Singgah pasar malam Brinchang,beli barang sikit.Pastu balik le kami.....Sampai umah jam 8 malam.

Kak Hasmizan wif anak2 nyer..

Anak teruna Kak Mizan,Adam Yusuff..cute dier

Pertemuan 2 teruna kecik...Uwais & Adam

Pe ye yg kiter sembang masa nie?tgh ukur baby sape tinggi kot...hihi

Meh kiter panjat atas huruf2 tuuu.....yehaaa

Kat tepi jalan pun leh posing lagi...

Yang ni kat apartment kak Mizan bermalam tu.Memang best la kat situ.Nampak view yg cantik sgt.Tapi aku rasa gayat le plk,pe tidaknyer kat tingkat 4 tuuu
Ok...sekarang layan gambo kitorang lak kat ladang Boh...








Sekian dulu catatan kali nie....
oh ye,thnks Kak Mizan atas pemberian ole2 tu ye.Suka sgt...

Jumaat, 17 Jun 2011

Petua Kecantikkan....

1.Petua menjaga muka

Menghaluskan kulit muka

a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan kulit muka

a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.

Menghilangkan jerawat

a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.

b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Merawat kulit berkedut

a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2.Petua menjaga rambutMengelakkan rambut gugur

a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Menghilangkan kelemumur

a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!



*artikel ni deeja ambik kat blog ibu kesuma

Khamis, 16 Jun 2011

Jelatah Perut...



Bersiaran kembali dengan menu feveret ku.Jelatah perut.Mungkin nama menu nie tidak asing lagi bagi orang2 di Taiping.Bila de majlis kenduri kendara selalu jumpa menu jelatah perut nie.Terutama kat kawasan kampung aku.Kat tempat lain tu aku tak tau la camne lak.Memang berselera abis bila dapat makan jelatah perut.Tambah pulak bila dimakn dengan nasi minyak.Dengan nasi putih pun dah sedap.Dah terasa2 le plk enaknyer.Haishhh...Menu jelatah perut ni sebenarnyer menu minggu lepas.Entah nape sejak balik bercuti rasa cam xlalu je nk makan nasi.2,3 hari jugaklah masak nasi tapi asyik xabis je.Agaknyer cuaca yg tak menentu pastu ditambah lak ngn penat.Itu yg buat nk mkn nasi pun xberselera.Nak masak pun dah abis idea...huhu,sampai macam tu sekali.ataupun memang malas kot...hehehe.Dalam hati ni masih teringat2 lagi ngn nasi kerabu...alamak,cmno nie.
Jelatah perut ni senang je nak membuatnyer.Cara buatnyer sama cam nak buat air asam.Tapi bila dah nama jelatah perut,kita gaulkanlah sekali perut lembu yg dah direbus tu ngn air asam tu tadi.Ha,senng kan.Berselera gak mkan...Ok kat sini,aku catat le supaya xde lupa2.mana le tau,aku ni kan jenis yg suka lupa tapi ingat...hihi,de ke camtu...???


Jelatah Perut
Cili merah/cili padi
Bawang besar-hiris nipis(separuh tumbuk sekali ngn cili,separuh lagi gaul je)
Belacan
Sedikit air asam jawa
garam/gula
Tomato-dihiris nipis
Perut lembu-dibersihkan dan direbus hingga lembut(hiris nipis)

Cara membuatnyer:
Tumbuk cili bersama belacan dan bawang
Kemudian masukkan sedikit air asam jawa,tomato bersama garam/gula
Gaul rata
Masukkan perut lembu yg telah direbus tadi.
Gaul sebati
Sedia tuk dihidangkan

Survey ??????

Salam di hari Khamis.Hari ni mengantuk sangat.Semalam tahan mata.Bukan pe nak tengok gerhana bulan.Tunggu punya tunggu,nampak le cik bulan.Memang cantik bila bulan tu penuh.Bercahaya je.Masa tu dah kul 1 pagi.Tapi,belum lagi gerhananyer.Tunggu le lagi sampai la kul 2.30 pagi.Akhirnyer aku terkecewa sendiri bila bulan dilindungi awan.Ala...xde rezki nak tengok.Akhirnyer aku bukak live webcasting ,siar live dari Masjid Negara.Alhamdulillah,aku dapat tgk.Tapi rezeki tetap xmenyebelahi aku,tetiba je line ilang.Terus xnampak apa2 dah.Time tu dah kul 4 pagi.Memang bulan dah lindung sehabisnyer.Kat luar pun gelap,tak berbintang.Suasana nampak sepi je.Hati teringin sangat nak tunggu bulan muncul kembali tapi kepala dah rasa semacam.Pening le plk.Maka,terpaksa la aku pendamkan hasrat.Sambung tido je lah.

Ala,dah lari tajuk le plk.Sebenarnyer aku nak citer pasal survey.Survey pe lak tu.Baru sekejap tadi,rumah aku ni dikunjungi ngn seorang wanita muda.Usia lebih kurang aku lah kot.Tapi dia ni cina.Nak tau pe yg ditanyanyer.Nak survey pasal kete yg usia bawah pada 6 bulan.Dia ni datang dari Ipoh,katanyer.Nak survey pasal kete dotdotdot je.Ish...aku xcaye la.Macam mana nak percaya,setahu aku syarikat dotdotdot tu besar.Masa kitorang beli kete tu,salesman dah cakap nanti diorng akan pos satu surat.Surat tu khusus tuk survey kete2 deme.Kitorng dah anto pun.So,nk survey pe lagi.Yg aku suka pasal company kete ni kan,pe jugak info, diorng akan anto sms.Bukanlah aku nak memuji tapi aku puas hati la,setakat nie.Yg aku ragu2 sekarang nie,pasal org yg datang nak survey tu.Aku rasa diorng bukannyer betoi2 nk survey pasal masalah kete,pe2 pun pasal kete.Aku agak kan diorng nie saja2 je,dalam kata lain ada udang sebalik mee.Pe taknyer,sambil dok sembang2 ngn aku tadi,mata pompuan cina tu asyk dok kerling2 je kat dalam umah aku.Riso wei,meskipun aku xde le kaya raya tapi mana tau kan.Kiter tetap kena beringat.Kebetulan lak masa tu kete kitorng nie dok kat luar pagar.Pagar depan pun xbertutup sebab aku baru balik dari company dotdotdot tu la.G ambik cek.Yg husben lak mmg xde,kluar g ambik Kauthar kat tadika.Aku kelentong jelah kata husben mmg lambat balik,pastu nk kena g outstation le...Pe dak nyer,cina tu cakap nk singgah lagi oetang nie.Jangan harap la,aku nak percaya.Kalo de pe2 masalah pasal kete nie,just g report je kat company diorng tu kan.Nak survey pe lagi.So.....beringat lah...Jangan tertipu.Pasal banyak jugak aku dengar kes2 yg bukan2....takut jugak wei...

Isnin, 13 Jun 2011

Edisi Gambar....Muzium Padi,Kedah

Menuju ke puncak Gunung Keriang
 Cantik,nampak real je batu gua tu
 Dah sampai atas....tgk pemandangan Gunung Keriang.Jakun sat budak2 tu bila kat situ berpusing2.


 Macam real je walaupun itu cuma lukisan...





 Yg ni plk kat area bawah...Ada lagi tingkat bwh...tapi malas nk upload coz semua de muka tuan empunya blog.So tgk gambo2 ni dh le ye...

 Kat muka depan.Kat belakang tu ruang ambik tiket ye.Dewasa rm3.Kanak2 rm1 dan kamera rm2
 Bergambo kat area luar plk...


 Ok...bye2 Muzium Padi...nk balik dah
Ni le rupa Muzium Padi dari jauh....

(sori gambo senget menyenget...dh xlarat nk perbetul...asyik jd cmtu gak..huhu)

Ahad, 12 Jun 2011

Edisi Gambar.....Perlis,Padang Besar...Muzium Kota Kayang


Mercu tanda....selamat datang ke Perlis...4 Jun 2011

Destinasi pertama menuju ke pekan Padang Besar melalui jalan Chuping.



Dah sampai pun....kat dalam pasar bulat

Singgah beli biji gajus kat sini....yummy2

Jamu mata tgk beg...lawa2 gak meskipun replika...huhu

Yg ni singgah beli mangga harum manis.Sekilo rege rm 14.Beli 2 bijik je pun.Tu pun dh rm11

P melawat Muzium Kota Kayang.Masuk percuma.Tapi tu la xboleh lama2 kat sini,hujan dh mula turun.

Ni kat kwsn luar muzium.Cantik.Berlatarbelakangkan gunung.Xsempat nk snap gambo2,hujan dh turun...

Kat dlm muzium

Antara pameran yg ada.Kat sini leh snap gambo.So pe lagi,kami x lepaskn peluang le ambik gmbo







Yg ni dh nk balik.Hujan turun selebat-lebatnyer.Xberani nk tunggu lama2 kat Perlis.Ati riso takut banjir lagi.Perjalanan diteruskan....menuju ke Alor Setar

Sambungan....Kelantan Darul Naim

Tinta dimulai dengan huluran salam.Ketemu kembali dengan siri cuti2 Malaysia.Kisah di Terengganu hampir ke penghujungnyer.Selesai je ziarah Pasar Payang,anak2 ngn husben g jenjalan kat area Bukit Puteri.Aku dah malas dah nk panjat2 bukit.Kaki pun dah makin sakit nie.Mujurle aku nie bukan jenis berkasut tumit tinggi,kalo idak lagi le jenuh.Snap gambo sikit2 pastu turun je dari situ kitorng pun bertolak le ke destinasi seterusnyer.Kelantan.Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Baru lebih kurang 2 jam gitu.Masih lagi mengikut jalan pesisir pantai.Sampai area Bachok,kitorng singgah beli buah tembikai.Murah2 lak regenyer.Tapi buah tak le beso,boleh le nak makan.
Sampai ke Kota Baru,jam dah menunjukkan kul 4 petang.Mende pertama yg wajib dibuat adalah mencari tempat tido.Maka,dengan seribu harapan kami menuju ke sebuah hotel.Hotel yg alakadar je.Husben memilih Hotel Azam yg terletak kat Jalan Padang Garong.Memang tengah pekan le.Dulu,husben dah penah menginap kat hotel ni masa ikut rombongan tempat keje dia.Dia cakap boleh tahan,so aku ikut je lah.Semalam kat sini dalam rm95++,bilik standard je.Jadilah asalkan boleh tido udah.Dapat bilik tingkat 4,bilik 403.Nasib baik le kat sini de lift.Yg leceh,parking kete lak xde.Jenuh melilau mencari tempat parking.So,sementara husben nak mencari parking,aku bawak le kaum kerabat aku ni naik bilik dulu.Mende pertama anak2 aku buat bila sampai hotel....mesti nak tuju ke bilik air...ish,susah toi,sakan deme main air.
Pas rehat bagai,kitorang keluar semula.Destinasi pertama ke Pantai Cahaya Bulan.Aku xjenguk pantai pun.Masa tu Uwais tengah tido atas riba,so cuma husben ngn anak2 je lah ke pantai.Then,kat situ plk de banyak gerai2 jual makanan laut yg digoreng celup tepung.So,pe lagi bila dah tengok banyak sotong beso2,teringin le plk.Kitorang singgah makan kat salah sebuah gerai yg ada kat situ.Sedap gak cicah2 seafood nie.Makan kat situ,rege cuma rm 19...xambik bnyk pun,cuma ikan seekor,sotong rm5,pastu ambik segala macam fishcake,fishball.Minum cuma teh o ais 3.Ok le tu kan...Masa tu dah nak senja.Kitorng pun bertolak balik je lah ke hotel.Dlm perjlnan balik tu,singgah le plk kat gerai2 yg jual baju2 batik nie.Memula tu cadang nak beli tapi dah xjadi lak.Baby Uwais meragam....kena plk ujan turun.Ahhhh...kesimpulannyer,balik je lah.Malam tu,kitorng makan nasi goreng je.Beli kat gerai berhampiran Pasar Siti Khadijah.Penat punyer pasal,lepas makan pakat tido sampai xingat dunia.
Paginyer plk terlewat bangun....Kat hotel ni xde sarapan.So,pandai2 le cari sendiri.Lepas je mandi,bersiap2 le kami tuk meninggalkan bilik hotel.Check out sekali le,dalam jam 10 lebih kurang.Tempat pertama dituju.dah tentulah Pasar Siti Khadijah.Kat sini,punyer le teruk nak cari tempat parking.Sibuk toi.Jenuh berkali2 pusing sampai dah rasa naik feedup.Lastly,de le jugak lubang kosong tuk kami celah.Kat tempat pili bomba.Aaaaahhhhh,lantak ko,asalkan leh parking sudah.Tapi mak ngn najla de le dalam kete tu.Kalo nak tinggal kete macam tu je mmg xberani,karang kena saman lak.Kat situ,banyak toi jual kuih muih.Leka toi aku tgk macam2 jenis kuih .Seronok je.rasa cam nk beli semua2 tu tapi xleh ikut nafsu.Kalo dah beli bnyk2 nanti sape lak nk makan.Terbuang je nanti dah membazir lak namanyer.So,pandang2,jeling2 je lah ye kuih2 tu.Aku cuma beli karipap ngn kuih ala2 cam wajik tu.Pastu,g naik lak kat tingkat atas.De gerai2 makan.Macam2 ada.Pilihan aku dah tentu nasi kerabu ngn laksam.Memang feveret aku...sluuurrrpppp...sedapnyer.Tak boleh bayangkan betapa enaknyer makan laksam ngn nasi kerabu.Mak pulak dah tentu nak nasi dagang je.Lagi beli pe g ye?Air teh o ais bungkus,itu dah pasti.Nasi goreng.Pastu,aku tgk lak lauk2...fuhhhhh,tertawan hatiku.Dia punyer udang,mak oiii besonyer.Sotong....wow,tergoda aku.Memula tu pandang2 je,takut nak beli.Riso rege mahal.Tapi xleh jadi,kalo xbeli karang kempunan lak.Beli le gak sotong sekor.Tu pun dah rm8.
Sarapan kitorg pagi tu cuma atas kete.Lepas makan2,dah kenyang,turun kete balik...p lagi ke pasar tu.kali ni g area jual kain baju lak.Bukan de beli pun cuma layan mata je.window shopping je lah namanyer.kalo asyik nak membeli je,mamposss aku.Tapi,terbeli jugak.Makanan lagi.kali ni beli segala macam makanan ringan kat situ,keropok,putu...rege,murah la.Kalo nak dibandingkan ngn Padang Besar,rege kat sini lagi murah2.Tak sia2 tau datang Kelantan nie.Bukan nak puji,bab makan mmg selera aku jugak la,cuma bila tang manis tu aku xtahan sangat.Rege,murah.Tapi ada jugak la kedai2 yg jual lebih sikit.Adat le tu.
Ambik masa kat Pasar Siti Khadijah tu mmg lama.Kalo cakap nk g sejam pun leh jadi 2 jam.So,bila tgk jam dah dekat tengahari,kitorng terpaksa le beredar dari situ.Bagi le peluang tuk org lain parking & shopping kat situ.Ye tak?
Seterusnyer,jalan2 pusing town.Ambik gambo sikit.G lawat muzium ngn tempat kraftangan.Bukan pe,kat situ kan de kedai nasi Ulam Cikgu yg femes tu.Mmg ramai sungguh org kat situ.Kami tmpng ambik gambo je,perut pun dh kenyang.nak bergambo lebih2 dh xboleh,kamera dslr aku abis bateri lak.Tu la,malam tu lupa nak cas bateri.Maka,keluarle kamera kecik.Jadilah,asalkan leh ambik gambo.kalo kamera tu abis bateri,agaknyer kamera hp pun brguna gak gamaknyer.Tempat terakhir kami tujui sebelum balik...sekali lagi ke area PCB.Bukan pe,nak mencari baju2 tuk ank2.Kesian plk kat deme,xde pe2 habuan tuk mereka kat Kelantan.Singgh kat sebuah kedai tu.Alhamdulillah,makcik tu bagi rege yg murah tuk kami.Cuma beli sorang sehelai baju je.Jadilah buat kenang2an.
Kami kat Kelantan rasa sekejap sangat.macam xsempat nak lawat sana sini.InsyaAllah,kalo de rezki hajat hati nak datang lagi.Kami beredar keluar dari negeri cik siti wan kembang dalam jam 3 petang.Sepanjang perjalanan balik,kami diiringi ngn titisan hujan.Lebat jugak tau.Kecut perut jugak bila dah melalui jalan bukit bukau dengan keadaan hujan yg mencurah2.Tapi,nak wat cmne kan.Apa2 pun perjalanan mesti diteruskan.Hanya doa dan tawakal je lah pada Allah.Kata husben,kita mesti keluar dari jalan Jeli -Gerik sebelum malam.Jauh jugak nak merentas rimba,gunung ganang,banjaran titiwangsa tu.Makan masa dalam 2 jam jugak la.Sampai Tasik Banding,hajat hati nk singgah tapi cuaca masih belum mengizinkan kami tuk singgah mana2 tempat.Seingt akulah sehingga le kat Kuala Kangsar hujan masih lagi ada.
Syukur ke hadrat Ilahi,kami sampai ke rumah jam 9 malam lebih kurang.Alhamdulillah,perjalanan kami sekeluarga ke pantai timur dipermudahkan Allah.Tiada apa halangan semasa dalam perjalanan kami pergi dan balik.Syukur,Ya Allah....Alhamdulillah
Tamatlah sudah siri cuti2 Malaysia sessi bulan Jun 2011.

Salam Syawal (26 april 2025)

  Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...