Ahad, 26 Julai 2009
Satu Hari Di Pekan Lumut, Perak
25 Julai lalu,kami sekeluarga ke Lumut.Sajer je p jalan-jalan sempena hujung minggu......Cuaca tak berapa elok...berjerebu la...

besornya sauh.......kapalnyer beso maner le plk...

menjamu selera kat tepi jalan...makan nasi beriani,beli kat kedai Nasi Kandar Samudera di pekan Lumut...

Orang memancing..Ralik gak tgk depa mancing....
Kemana pandang tu Alyaa?Mata tak lekang dari memandang laut....asyik....

Indahnya laut itu.Tenangnya jiwa tatkala memandangmu...Terpaku aku seketika....Andainya aku dapat berumah di tepi pantai....Best ke?Tepuk dada tanya selera.

Beli pe tu Kauthar?

Sabtu, 18 Julai 2009
Selamat Hari Jadi.......
Majlis ini simple je,asalkan happy udah le.........
Isnin, 13 Julai 2009
Projek Masak Putu Ayu

Kelahiran Alyaa

Nur Alyaa Farzanah,puteri keduaku.Dilahirkan secara normal di Hospital Daerah.......pada tanggal 26 Oktober 2004.Bersamaan dengan hari Selasa pada jam 5.31 pagi.Ketika tu bulan Ramadhan.Pada 1 Syawal,Alyaa berusia 20 hari.
Pengalaman bersalin normal adalah satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan.Yelah,walaupun ini anak kedua tapi aku belum pernah merasai nikmatnya sakit bersalin.Maklumlah anak pertama dulu,Najla keluar ikut atas(caeserean)
Jarak antara Alyaa dan Najla hanya 2 tahun.Aku kadang-kala masih lagi terasa sakit diparut pembedahan dulu.Masih teringat lagi pesan doktor padaku.Kalau ada tanda untuk bersalin terus ke hospital.Mereka takut aku ada komplikasi pada parut pembedahan dulu,contohnya kalau kontraksi kuat takut jahitan boleh terbuka.
Pada pagi Isnin bersamaan 25 Oktober jam 4 pagi,ketika sedang tidur aku tiba-tiba terjaga dan ke bilik air.Aku dapati ada lelehan yang tak pernah ku lihat.Aku panik seketika.Pada waktu itu aku belum rasa sakit lagi.Aku kejutkan suamiku dan kami terus bersiap-siap ke hospital.Yang lucunya aku main hentam je tak tau betul ke nak bersalin ke tidak.Aku di masukkan ke wad bila tiada bukaan dan kontraksi pun lemah sangat.Doktor boleh kata aku mimpi.Hii geram tul.Dah rasa bosan plak bila dok dalam wad.Aku mula terasa kontraksi yang agak kuat bila menjelang petang.namun,bukaan lambat sangat.Jam 12 tengah malam barulah aku di tolak masuk le labour room bila aku mengadu dah tak tahan sakit.Bukaan pada waktu itu cumalah 4 cm.
Kadang-kadang lucu bercampur malu pun ada bila mengenangkan saat aku di dalam labour room.Doktor memecahkan air ketuban aku dan memberi ubat tahan sakit.Tiba-tiba dalam keadaan lali nak tidur aku tersentak.Aku boleh panggil nurse dan mengatakan aku nak buang air besar.Aku dimarahi nurse bila dia kata itu bukannya nak buang air besar tapi dah sampai waktu untuk meneran.Ha..ye ke?Mana aku tahu.malu aku.....Akhirnya sebelum berakhirnya waktu imsak kedengaran tangisan bayi comel aku...Nur Alyaa Farzanah.Sesudah selamat semuanya kedengaran bunyi azan dari masjid berdekatan menandakan masukkan waktu subuh.Semoga anakku menjadi anak yang soleh,sedingin subuh dan semerdu laungan azan subuh.
Penerbangan Fireflyz dari S'pura -Ipoh
Semalam pi Ipoh.Kebetulan,rupanya ada pelancaran penerbangan Fireflyz yang pertama dari S'pore ke Ipoh dan Ipoh-S'pore kat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.Aku tak tengok pun tapi wakil2 aku p.Aku berehat kat umah sedara kat Taman Maju Rapat,perumahan sebelah airport tu.
Sabtu, 11 Julai 2009
Hari Sabtu nan syahdu
Sabtu.....Cuti.Anak-anak ada di rumah.Biasalah.Aku dengan rutin harian.Hari ni cuaca tak berapa elok.Dari pukul 2 pagi lagi hujan dah turun dengan lebat.Renti sekejap.Pagi kul 7,turun lagi.Sejuk je.Alyaa dengan Kauthar dah bangun pagi-pagi lagi.Tinggal Najla yang liat sikit.Aku rasa tak berapa sihat hari n i.Batuk,selsema semua ada.Petang terus demam.tapi mujurla tak teruk sangat.Aktiviti hari ni,dok umah je.Tengahari tadi aku cuma masak yang simple je.Sotong tumis kunyit,ayam goreng kari dan masak lemak pucuk geti.Jadilah...ala kadar je.
Petang keluar jap.Pi beli burger kat makcik depan tu.Hujan masih turun g.
Petang keluar jap.Pi beli burger kat makcik depan tu.Hujan masih turun g.
Jumaat, 10 Julai 2009
Nur Najla Firzanah
Tahun ini genap anakku berumur 7 tahun.Meskipun sudah lama berlalu tetapi kelahiran najla tidak dapat ku lupakan.Aku disahkan hamil setelah 2 tahun berkahwin.Pengalaman mengandung buat kali pertama adalah satu pengalaman yang indah.Aku memang alah.Teruk sekali.Rasa macam serik nak mengandung lagi..Lembik toi badan aku.Semua rasa malas..Awal kehamilan aku muntah teruk hinggalah kandungan mencecah 4bulan.waktu tu aku memang tak sentuh nasi langsung.Makan dah tak serupa orang.Badan aku susut.Perut aku tak berapa nampak walaupun kandungan dah mencecah 7,8bulan.Sewaktu kandungan aku berusia 8 bulan lebih doktor sahkan ia songsang.Alamak.....Takutnya aku waktu itu.Aku dimasukkan ke wad.Doktor cakap kalau ia masih begitu pada usia hampir 9bulan aku akan di operate.Aku redha.Sekarang ni dah canggih.Aku kuatkan semangat.Betul la...sampai tarikh yang dijanjikan doktor scan perut aku dan didapati masih breech.Caesarean.Doktor bagi tarikh untuk bersalin.
Tanggal 15Julai bersamaan hari Isnin aku 'melaporkan' diri di wad bersalin.Malam tu aku kena berpuasa dari jam 12 tengahmalam hinggalah di operasi.Gabra gak masa tu.Memang aku tiada tanda untuk bersalin.Rasa sakit bersalin pun tak tau camne.
Jeng...jeng...jeng...pukul 7 lebih bersamaan 16Julai 2002 ,nurse yang bertugas telah mengarahkan aku untuk bersedia dan akan dibawa ke dewan bedah bilik bersalin jam 8pagi.Sekejap rasanya.Tepat jam 8.23 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan.Aku tak sempat nak lihat wajah anakku.cepat benar depa 'larikan'anakku.Ubat bius tu macam dah hilangkan kaki aku je.Waktu tu memang tak sakit tapi bila dah hilang ubat bius,adoiiii tak tahannya.Sikit-sikit mintak ubat tahan sakit sampai kena marah dengan nurse.Ahhh lantaklah,aku yang sakit bukan depa.Padan muka depa nak layan karenah aku ni yang 'manja' sikit.Kah...kah...kah...Aku dok di wad 5 hari gak le.Memang proseder patient yang di bedah kena tunggu sampai 3 hari baru leh balik .Tu pun kalau takde masalah pe2.Tapi aku ni,hari-hari mintak balik dari doktor.Jemulah dok kat wad.Akhirnya 19Julai aku dapat balik..Yahooo...

Langgan:
Catatan (Atom)
Salam Syawal (26 april 2025)
Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...
-
Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...
-
MALAYSIA PRIHATIN 2020 SEGALA NORMA BARU,MOGA RAKYAT MALAYSIA CEKAL MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN SERBA BARU DI ERA COVID19. RAPATKAN SAFF ANT...