Tahun ini genap anakku berumur 7 tahun.Meskipun sudah lama berlalu tetapi kelahiran najla tidak dapat ku lupakan.Aku disahkan hamil setelah 2 tahun berkahwin.Pengalaman mengandung buat kali pertama adalah satu pengalaman yang indah.Aku memang alah.Teruk sekali.Rasa macam serik nak mengandung lagi..Lembik toi badan aku.Semua rasa malas..Awal kehamilan aku muntah teruk hinggalah kandungan mencecah 4bulan.waktu tu aku memang tak sentuh nasi langsung.Makan dah tak serupa orang.Badan aku susut.Perut aku tak berapa nampak walaupun kandungan dah mencecah 7,8bulan.Sewaktu kandungan aku berusia 8 bulan lebih doktor sahkan ia songsang.Alamak.....Takutnya aku waktu itu.Aku dimasukkan ke wad.Doktor cakap kalau ia masih begitu pada usia hampir 9bulan aku akan di operate.Aku redha.Sekarang ni dah canggih.Aku kuatkan semangat.Betul la...sampai tarikh yang dijanjikan doktor scan perut aku dan didapati masih breech.Caesarean.Doktor bagi tarikh untuk bersalin.
Tanggal 15Julai bersamaan hari Isnin aku 'melaporkan' diri di wad bersalin.Malam tu aku kena berpuasa dari jam 12 tengahmalam hinggalah di operasi.Gabra gak masa tu.Memang aku tiada tanda untuk bersalin.Rasa sakit bersalin pun tak tau camne.
Jeng...jeng...jeng...pukul 7 lebih bersamaan 16Julai 2002 ,nurse yang bertugas telah mengarahkan aku untuk bersedia dan akan dibawa ke dewan bedah bilik bersalin jam 8pagi.Sekejap rasanya.Tepat jam 8.23 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan.Aku tak sempat nak lihat wajah anakku.cepat benar depa 'larikan'anakku.Ubat bius tu macam dah hilangkan kaki aku je.Waktu tu memang tak sakit tapi bila dah hilang ubat bius,adoiiii tak tahannya.Sikit-sikit mintak ubat tahan sakit sampai kena marah dengan nurse.Ahhh lantaklah,aku yang sakit bukan depa.Padan muka depa nak layan karenah aku ni yang 'manja' sikit.Kah...kah...kah...Aku dok di wad 5 hari gak le.Memang proseder patient yang di bedah kena tunggu sampai 3 hari baru leh balik .Tu pun kalau takde masalah pe2.Tapi aku ni,hari-hari mintak balik dari doktor.Jemulah dok kat wad.Akhirnya 19Julai aku dapat balik..Yahooo...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Syawal (26 april 2025)
Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...
-
Assalamualaikum wbt. Masa pantas berlalu ...Ramadan 1438h udah dihujung2.Rutin kesibukan siap2 mana ygt patut,baik dari baju2 raya a...
-
Kincir angin.....kat Lumut Hero ku....Uwais Puteriku,Alyaa & Kauthar di Teluk Batik 3 Dara pingitanku.... Biarlah g...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan