Isnin, 13 Julai 2009
Kelahiran Alyaa
Nur Alyaa Farzanah,puteri keduaku.Dilahirkan secara normal di Hospital Daerah.......pada tanggal 26 Oktober 2004.Bersamaan dengan hari Selasa pada jam 5.31 pagi.Ketika tu bulan Ramadhan.Pada 1 Syawal,Alyaa berusia 20 hari.
Pengalaman bersalin normal adalah satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan.Yelah,walaupun ini anak kedua tapi aku belum pernah merasai nikmatnya sakit bersalin.Maklumlah anak pertama dulu,Najla keluar ikut atas(caeserean)
Jarak antara Alyaa dan Najla hanya 2 tahun.Aku kadang-kala masih lagi terasa sakit diparut pembedahan dulu.Masih teringat lagi pesan doktor padaku.Kalau ada tanda untuk bersalin terus ke hospital.Mereka takut aku ada komplikasi pada parut pembedahan dulu,contohnya kalau kontraksi kuat takut jahitan boleh terbuka.
Pada pagi Isnin bersamaan 25 Oktober jam 4 pagi,ketika sedang tidur aku tiba-tiba terjaga dan ke bilik air.Aku dapati ada lelehan yang tak pernah ku lihat.Aku panik seketika.Pada waktu itu aku belum rasa sakit lagi.Aku kejutkan suamiku dan kami terus bersiap-siap ke hospital.Yang lucunya aku main hentam je tak tau betul ke nak bersalin ke tidak.Aku di masukkan ke wad bila tiada bukaan dan kontraksi pun lemah sangat.Doktor boleh kata aku mimpi.Hii geram tul.Dah rasa bosan plak bila dok dalam wad.Aku mula terasa kontraksi yang agak kuat bila menjelang petang.namun,bukaan lambat sangat.Jam 12 tengah malam barulah aku di tolak masuk le labour room bila aku mengadu dah tak tahan sakit.Bukaan pada waktu itu cumalah 4 cm.
Kadang-kadang lucu bercampur malu pun ada bila mengenangkan saat aku di dalam labour room.Doktor memecahkan air ketuban aku dan memberi ubat tahan sakit.Tiba-tiba dalam keadaan lali nak tidur aku tersentak.Aku boleh panggil nurse dan mengatakan aku nak buang air besar.Aku dimarahi nurse bila dia kata itu bukannya nak buang air besar tapi dah sampai waktu untuk meneran.Ha..ye ke?Mana aku tahu.malu aku.....Akhirnya sebelum berakhirnya waktu imsak kedengaran tangisan bayi comel aku...Nur Alyaa Farzanah.Sesudah selamat semuanya kedengaran bunyi azan dari masjid berdekatan menandakan masukkan waktu subuh.Semoga anakku menjadi anak yang soleh,sedingin subuh dan semerdu laungan azan subuh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kita hanya mampu merancang....
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Menu untuk petang tadi.....Terajin lak untuk uli menguli ni.Deeja buat cucur kembung.Tapi rata2 kat blog yg deeja jumpa kata cok bantal....R...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan