Isnin, 24 Mei 2010

Berbuah jua akhirnyer.......


Salam hari Isnin semo.....pe macam,mudah2an semo teman2 sihat dan ceria selalu.Dah lama rasanyer tak update blog nie.Kekadang tu rasa cam malas je walaupun macam2 citer.Keadaan deeja sekarang ni dah beransur baik.Makan pun dah lalu,cuma masih tak boleh nak makan ayam,daging dan segala macam seafood.Yang boleh masuk tekak hanyalah lauk ikan semata2.Usia kandungan pun dah masuk 4 bulan.Maknanyer dok ada lagi 5 bulan tuk mengharungi saat2 manis nie.Sekarang ni kan,tiap kali p klinik tuk check mesti kena amik darah.kalo dulu cuma amik darah kat hujung jari ni je.Tapi kata nurse,doktor nak keputusan yg lebih tepat,tu yg kena amik darah sebotoi kecik tu...Balik je dri klinik mesti lembik.Pening kepala.Nak buat camne ye.....adussssss......

Ni ha,nak citer pasal pokok delima yg ditanam kat umah nie.dah lama jugak rasanyer,baru ni nampak berputik.Ada 3 bijik.Mintak2 biole dapat rasa.jenuh mencari buah delima tak jumpa,akhirnyer nampak depan umah.Menjadi gak pokok delima ku,macam tuannyer...hehehehe.....

Kat sini deeja nak share sikit pasal citer buah delima......

"Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - Al-An'am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.


(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Ahad, 16 Mei 2010

Al Fatihah......


Al-Fatihah........
Salam petang Ahad.Semalam,ada tak tengok berita pasal kemalangan yg melibatkan landrover tentera yg telah mengorbankan 2 orang pegawai tentera?Kemalangan ni berlaku di KL.Dan salah sorang mangsa yg terkorban tu adalah menantu kepada sepupu mak deeja.Arwah berasal dari Sabah,Lanskopral Donald Bernard Rumbang@Nazrey Abdullah.Arwah meninggal tengah malam semalam,dan dah pun selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Larut Tin,Taiping,umah keluarga isterinyer.Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Hidayah yg kini sedang hamil anak kedua.Bersabar ye...nak buat macam mana,dah ketentuan Ilahi.Semoga roh arwah dicucuri rahmat.Sama2lah kiter sedekahkan Al Fatihah untuk arwah ye.Untuk maklumat atau cerita serta gambar2 boleh le ke blog ondscene. Thanks pada brother wartawan yg telah membuat liputan dan juga gambar kat atas tu...

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu.....

Assalamualaikum semua......
Bulan Mei adalah bulan yg amat istimewa.Seluruh warga sejagat merayakan Hari Ibu.Pada bulan ni jugak mak Deeja ngn mil dilahirkan....Macam janji pulak kan.Sempena Hari Ibu ni,deeja ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mak dan juga mil serta seluruh wanita yg bergelar ibu didunia ni tak kira dimana jua berada.Semoga berbahagia.....



Isnin, 26 April 2010

Inikah Aku...?

Salam teristimewa buat semua teman2.Terasa lama bebeno tak menulis.Rindu sebenonyer tapi apakan daya masa tak mengizinkan tuk mencorat coret.Tambahan pulak kesihatan yg tak menentu.sekejap ok sekejap ko....Aduhai,teruk sungguh rasanya dugaan kali ni.Tapi nak buat macam mana kan...ape2 pun kena terima gak.Sebenarnyer baru baik demam ni.Mula tu sakit perut sampai tak lekang dari tandas pastu dah demam ngan batuk lak....Peritnyer rasa.
Terlebih dahulu deeja nak ucapkan ribuan terimakasih pada yg sudi menjengah,tinggalkan pesanan dan juga komen.Janganlah marah ye kalo deeja tak sempat nak membalas segala komen ataupun mesej ye.Tak berkesempatan.Itu bukanlah bermakna deeja tak amik berat,deeja hargai sangat.Yelah,nama pun dah berbadan dua,ada saja yg tak kenanyer...Duduk tak kena,baring pun tak sedap....aduhai.ini pun menaip atas katil.nasib baik la lappy kesayangan dah ok,leh gak layan2 internet bila boring.
Sebut pasal layan internet,sekarang ni dah beralih ke facebook....sehari tak bukak rasa cam tak cukup sifat je...adoi...sampai camtu sekali ke...hahahhaha.....Ingat tak dulu deeja penah citer pasal deeja rasa segan nak tegur teman2 lama kat fb.Dulu2 deeja rasa cam rendah diri sangat,ye lah hati ni selalu terpikir apalah sangat yg ada pada diri deeja ni.Terasa kerdil je....uish,teruk betoikan.Bila dah add teman2 lama dulu barulah tahu apa yg difikir dibenak ini benar atau tidak.patutnyer diri ni lebih bersyukur dengan apa yg ada.Rata2 teman2 dah berkerjaya,tapi ada yg masih belum kahwin meskipun umur dah meningkat.Ada yg dah berkahwin tapi sudah memegang title j****.Ada yg dah bertahun kahwin tapi masih belum dikurniakan anak.Ada yg dah punya anak sorang dan masih lagi menunggu kehadiran zuriat lagi......Ada juga yg dah kahwin tuk kali yg ke2/3...Huh...macam2 citer kan....AKU....???Kahwin-sudah.Anak-dah nak masuk 4......Ehmmmmmmm.....pe yg takde,cukupkan semuanyer....tapi satu yg takde....AKU TAK BEKERJAYA...............Huuuuaaaaaaaaaa..........

Jumaat, 23 April 2010

salam Jumaat buat semua...

I Love You


dalam pertemuan ini
kita terperangkap sudah
dalam jerat percintaan
yang tidak di sangka kan
aku telah jadi lupa
siapa diri ku ini
engkau juga di hanyutkan
oleh arus percintaan mu
tapi pabila aku sedar diri
siapakah aku ini
aku bertanya sendiri
apakah akan terjadi
..........................................................huhuhuuhu,dah nak masuk anak ke4.
alahan mengandung pun tak habis lagii
oh....bila nak sihat ..nak makan yang enak2

Sabtu, 17 April 2010

salam .....

ShockedBig Smiley

kini deeja nak mula beransur sihat sikit...bole makan sikit2 ,to bila dah teringin. Buat semua terima kasih ...kerana sudi gak lawat deeja niii.

Khamis, 1 April 2010

salam buat semua..

Sad

Pada ketika ini deeja masih tak sihat lagi .hampir 2 bulan masih lagi alah teruk ,dok baring ,tidur dan makan pun tak berselera .rumah dah macam tongkang pecah...............

Khamis, 25 Mac 2010

Selamat hari lahir buat suami ku






Sekitar hari lahir suami ku ke 35th,buat kecil ajer.al-maklum sejak akhir tak lalu nak makan.semua serba tak kena.
buat semua Doa kan moga deeja cepat pulih .AMIN

Isnin, 8 Mac 2010

Salam Satu Malaysia.....

Salam Satu Malaysia.....dah banyak hari blog deeja ni sunyi sepi je.Thanks pada yg sudi jengah blog deeja dan bertanya khabar, walaupun deeja xjugak update blog.Sebenarnyer ari2 jugak deeja bukak blog tapi disebabkan masalah kesihatan,deeja stop le berblogging...Bukan dah jemu....rindu pada alam berblog ni menebal cuma memandangkan kesihatan tidak mengizinkan,deeja terpaksalah beralah.
Buat masa ni diri deeja rasa lembik semacam je.Makan pun dah xlalu macam orang lain....Susah hati pun ada berbaur terharu....Aktiviti masak memasak memang dah terhenti,bukannyer malas tapi dah tak tahan dengan bau....Mungkin ada yg dah tau kot,apa sebenarnyer masalah kesihatan deeja.....Dah dapat agak lum.....Hihihi....sebenarnyer,rezeki dah bertambah lagi...InsyaAllah,kalo xde aral melintang akan bertambah lagilah ahli keluarga deeja akhir tahun ni...itulah wanita...Sempena Hari Wanita Sedunia,deeja ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita.Berbanggalah anda yg dilahirkan sebagai wanita,kerana wanitalah nadi segalanya.Tanpa wanita siapalah anda.
Ok,deeja pun xlarat nk berceloteh panjang....semoga hidup kite akan sentiasa disinari kebahagiaan.InsyaAllah....Doakan deeja ye...Sampai ketemu lagi....Bye...

Jumaat, 26 Februari 2010

Salam..buat semua

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA & SEDUNIA.Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis.
Pada hari deeja dapat desktop baru.......boleh online .

Khamis, 18 Februari 2010

Jom.....g kelah-kelah......

Salam teristimewa untuk penunggu blog yg setia...hehehe...jgn marah...gurau2.Hari ni anak2 Deeja baru start sekolah setelah bercuti CNY.Panjang gak ye.Tapi,kitorang lepak kat umah je.Xde kemana2.Hanya menjadi penunggu setia lappy...hihi....Kat sini,hujan dah mula turun.Petang ni,hujan sekejap tapi la ni dh panas blk.Semalam ujan turun lebat.Dapatle rasa cool sekejap.Semenjak cuti ni,deeja pun rasa cam malas je...rasa nak cuti je dari buat keje2 umah.Nak update blog pun cam xde mood je nak bercerita walaupun bnyk gak citer....Tapi hari ni,deeja update jugaklah.....Ari ni nak citer pasal g makan2.Dalam kata len,g kelah2...Kat mana?Dekat je....Taman Tasik Taiping....Kitorang beli je makanan,pastu bawak pinggan dari umah.Hampar tikar,pastu makan.....nak tau beli aper..?Kitorang beli nasi beriani kat kedai mamak....hehehe...So...layan je lah ye gambo2 puteri2 ku ini ye....

Ini Alyaa.....hehe....tengah dok pandang je nasik tu...
Yang ni,Cik Kauthar kiter....
Yang ni dah tentu Tuan Puteri Si Najla....hihi....Abaikanlah kaki kat sebelah tu ye...Itu mak deeja...Yg sebelah lagi tu mak sedara deeja...
Itulah ruper nasi beriani bungkus....nyum..nyum...nyum...
Bergambo kejap lepas makan.....
Sori ye,gambo tak terang le plk....silap ejas le ...nth tak tekan flash kot...kamera murah je...huhuhu...

Salam Syawal (26 april 2025)

  Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...