Selasa, 25 Ogos 2009

Ramadhan ke4-Bergedil,Kari Daging dan air tebu

Salam semua...ni menu untuk berbuka pada hari ke4.Just simple....Aku cuma buat bergedil daging,kari daging dan sayur petola...malas la nak gebang banyak2....nak resepi ke..?

bergedil daging...
bahan2
3 biji kentang rebus dan dilecek
daging kisar(ikut suka)
bawang besar cincang
daun sup/daun bawang-hiris halus
cili merah-hiris(kalau suka-tapi deeja tak taruh pun)
sedikit serbuk kurma/kari-sukahati nak taruh pe pun
garam secukup rasa
telur-salut

Carabuat
  • gaul semua bahan kecuali telur.
  • buat bulat dan leperkan
  • salut dengan telur+sdkt grm
  • goreng...
Kari daging
Nyamankan tekak ngan air tebu....

Alhamdulillah....dapat juga kami sekeluarga berbuka bersama pada hari ini....Mudah2an Allah akan sentiasa memberi kesempatan kepada kami seperti ini setiap tahun...Amin...

Isnin, 24 Ogos 2009

Hari ketiga-Bihun Sup Ayam

Hari ketiga Ramadhan.Rutin harian dimulakan seperti biasa.tapi pagi Isnin ni takdelah jerit2 nak kejutkan anak ke sekolah kerna cuti sekolah dah bermula.tak payah lah aku nak gosok baju tau siapkan sarapan.....tapi pose ni anak yg tak cukup umur ni nak makan gak....Bagaimana dengan Taiping hari ni......macam selalu....ujan turun dari awal pagi lagi.....tapi kejap2.

Pe aku wat ari ni....hari ni aku kua p pekan Tepeng g.Ishh...wat pe la si Deeja ni asyik kua je...dah takde keje len ke....?Aku g Tesco jap.....Beli barang-barang untuk nak wat kuih raya....Macam nilah aku saban tahun,mesti beli barang nak wat kuih dan tentunya hidangan pagi raya wat tetamu serta keluarga adalah hasil tangan aku bersama suami....Rasanya tahun ni adalah time paling awal kami p shoping barang nak wat kuih raya...taknak ketinggalan cam tahun yg sudah2...bila lagi 2 minggu nk raya baru sibuk2 nak beli,pastu barang2 semua dah abis.Mulalah kena pusing satu Tepeng nak cari benda...Setiap tahun aku mesti wat kuih raya sendiri..takde tempah2 tau beli ready made...tak berapa mampu....itulah alasannya....mahal rasanya,lagipun bila dah de anak kecil depa kuat makan,asyik berulang je...jadi nak tak nak wat sendiri.Jimat belanja....boleh dapat banyak jenis....tapi aku bukanlah pandai sangat pun...kekadang nak bagi kat mak mertua pun malu....huduh je rupenyer.....takpe air tangan sendiri.Apa yang penting...kerjasama....ehhh cam wonderpet lak....Itulah kerjasama antara kami sekeluarga.....aku bancuh adunan dan hubby aku tukang bakar.....tengok rajinkan cik abang Deeja ni.....Puji2....hi tak malu toi aku ni....

Ok lah....tu pasal nak wat kuih raya....Lambat lagi cik Deeja oiii...ishhh excited toi...tambah lak hari ni cik abang beli stand mixer baru tuk aku....yang lama tu dah berasap.....nasib bek tak meletup masa aku tengah bancuh nak wat kek coklat....hancus kek aku ari tu....Ehhh...dok membebel lak aku ari ni....pesal ye....Sebab aku rasa segar pas pekena bihun sup ayam...hasil air tgn aku.....uhhh....sedap....Jeng..jeng..jeng...ni lah dia...
Bihun ni tak cukup kuning la ari ni....Selalu aku taruh kunyit banyak ntah camne kurang lak tadi..Ahhh biaq p la....janji abis.....
Anak-anak aku nak makan bihun sup mesti kena ada sambal kicap...hatta si Kauthar yg blum 3 tahun pun suka sangat....Simple je bihun aku ni.....tak seindah dan sesedap orang len punya.....(rendah diri ni)huhu...

Nasi Daging+Air Asam &Buah Melaka

Salam...semua...ini adalah menu berbuka semalam.Sori ye...tak sempat nak upload semalam.So ari ni dapat Deeja tayang....Yang atas tu nasi daging...Senang je nak buatnyer...
Bahan2
  • 1 kilo beras(basuh dan tos)
  • 6 sudu marjerin
  • 1 biji bawang besar
  • halia 1/2 inci,bwg putih
  • rempah ratus-bnga cngkih,bauh pelaga,klit kayu manis,bnga lawang
  • 3 sudu susu pekat manis
  • air rebusan daging secukupnya
  • daun sup/daun bawang
  • sayur campur sejukbeku
Cara buat
  • Tumis bahan tumis dengan marjerin
  • Masukkan bahan tumis kedalam beras
  • Masukkan air rebusan daging secukupnya
  • Tambah susu,garam.daun sup dan sayur campur.
  • Masak dialam periuk macam biasa.
Air asam+perut.tapi dlam gambo ni tak campur g.
Buah melaka.

Tanda Ingatan dari Anak Perak

Salam Persahabatan&terima kasih buat kak ita

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan hari ke 2....


Ramadhan dah masuk hari yg ke 2.Sekejap je rasanya.Puasa hari ni macam biasa,cuaca tak panas...Asyik ujn sepanjang hari...Hari ni Kakyong tak puasa.Semalam dia asyik batuk dan muntah2.So ari ni berilah kelonggaran...Baju-baju yang kat ampaian tak kering-kering.dah dua hari tu...Nak wat camne hari dok ujn je.Taiping....biasalah tempat paling lembab kat Malaysia.Rasanya tempat len pun ujn gak kot....

Pagi tadi aku sempat mengunting langsir.....ala langsir murah je.Sok lusa aku nak mulakan projek jahit langsir.Aku ni kalau jahit bodo2 reti le tapi kalau nak berpesen....tak reti le plk....Tengahari keluo jap.P jahit tepi langsir...then p market.Beli barang nak masak untuk berbuka.Hubby beli daging....Nak masak nasi daging ari ni....Macam-macam nak dimakan cik abang aku tu....ade je...mujurle aku ni bleh le masak sikit2....nak jadi cam chef tu,uiii jauh panggang dari api...tapi mana nak tau kan....

Pas g Tepeng kitorang p pekan Simpang jap.Beli barang keperluan len.Ader satu kedai kat situ barang2nya murah dari tesco atau giant.Kalau nak beli sabun,bedak,pewangi ke pe2 ke kat situ memang murah....Tempatnyer tak le standard tapi berbaloi g.Brang keperluan cam pinggan mangkuk,periuk belanga semua ada.

Petang ni aku masak lambat sikit....rasa letih lak bila dok g shopping tengahari buta.tapi yg wat cool ckt,bila cuaca mendung je..Tapi dalam kul 6 ptg,semua dah siap.Atas permintaan hubby,aku tak wat kuih tunjuk2 ari ni.Dia nak makan kuih buah melaka.

Lastly,dalam berapa minit je lagi,skrang kul 6.55 ptg,aku akan berbuka puasa dengan keluarga tersayang.......menjamu selera dengan nasi daging,daging cicah air asam dan buah melaka...Untuk gambar2 lepas makan ye......hihihi.....

Dari..Orang KAMPUNG.......teman..TAIPING

Terima Kasih Buat alongRoz

TANDA INGATAN DARI TEMAN-TEMAN BLOGGER

Terima Kasih Untuk kak Umiumairah

Terima Kasih untuk kak Ayu


Terima kasih untuk Aymy (Pokok & Buah Kurma)

Terima Kasih Untuk Yatt"s


Terima Kasih untuk kak ina kl

Terima Kasih untuk kak iena


Terima Kasih untuk Kak Nor (secubit garam)



Terima Kasih untuk Kak ani


Terima Kasih untuk Dayangjack




Terima Kasih untuk Hasue

Terima Kasih untuk Ika

Sabtu, 22 Ogos 2009

Fadilat Sembahyang Terawih...



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Menu Hari Ini-Udang ala tomyam&Sup Ayam...

Udang,lauk feveret anak-anak terutama Alyaa dan Kauthar.Dulu aku tak makan udang ni...tak kisah la udang beso ke kecik ke semo aku tak jamah...First,memang tak lalu kedua,alegik la...nanti jadi gatal-gatal.Tapi sekarang ni lepas kahwin semua men hentam je....Keluarga mertua memang suka makan udang.Bila ziarah mereka,menu kat umh mesti de udang.jadi nak tak nak terpaksalah aku makan,nanti kebuluran plk aku ni....So menu pertama untuk hari ni...Udang Ala TomYam...

Bahan2
  • Udang(Deeja guna dlam 20 ekor udang yg sederhana besar)
  • 1 bungkus cendawan tiram
  • Bawang putih/bawang merah
  • 2 batang serai-dipotong serong dan diketuk
  • 2/3 helai daun limau purut-dicarik2
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 5/6 tangkai cili padi-diketuk
  • daun sup/daun bawang-di hiris panjang

Cara buat
  • tumis bawang putih/merah
  • masukkan kesemua bahan kecuali udang dan cendawan
  • masukkan sedikit air,bila separuh masak,masukkan udang dan cendawan
  • perasakan dengan garam dan gula...
  • kacau rata,udang jgn dimasak terlalu lama.....pastu ngap je le....*klau nk taruh tomato pn bleh,rasa masam ckit
Ini menu kedua.....sup ayam....Sekarang ni kat Taiping hari-hari ujan so kena makan yg boleh keluar peluh.....

Masak awal sikit ni bleh rehat ckit...Biasalah bila de anak kecik(walaupun bukanlah kecik sgt)semua kena awal...Nak kisahkan anak g...so ini jelah menu yg sempat Deeja masak...Kuih tu rasanya beli je.....Kat pasar ramadhan banyak choice,so buat kuih tunjuk2 je....Tapi takleh p skrang ni...tengah ujan lebat la kat sini...Pe2 pun selamat berbuka puasa wat semua teman-teman yg sudi bertandang kat teratak buruk Deeja ni....

IKAN PEKASAM

Salam Ramadhan....Hari ni hari pertama kita umat islam berpuase....Tak ketinggalan puteri sulungku Najla....Awal lagi dah suruh gerak bersahur..Adik-adik yg len tak turut serta...yela kecik lagi....Kesian ku tengok Najla,makan bersahur tadi dengan muka semacam.....mengantuk bercampur tak lalu makan.Ye la selama ini mana penah makan pagi2 buta...
Aku dah siapkan semua bahan untuk masak dari malam tadi g.Senang bila dah sedia,bangun pagi tumis je....Aku buat menu simple pagi tadi..Salah satunya ikan pekasam ni.....teringat cite kakpah(rakan alam mayaku),kata kakpah kalau takde ikan pekasam macam tak lalu nak telan nasi...ye ke kakpah...?Ikan pekasam ni mak sedara Deeja yang wat sendiri tau...nak resipi...?

Bahan2
Ikan-selalunya ikan sungai tapi ikan laut pun bleh
Garam-kena banyak gak ikut kuantiti ikan
Beras-digoreng sehingga kekuning-kuningan,pastu blender bagi halus(jgn terlampau halus)

Cara2
ikan dibersihkan,disejat dan di bubuh garam.lumur rata.Simpan ikan itu dalam bekas(peram)dlam 1/2 hari.
Selepas 1/2 hari,ambil ikan itu dan lumur pula dengan beras yang telah digoreng.Sumbat kedalam belahan perutnya juga...
Simpan kembali dalam bekas.Taruh air masak(yg disejukkan)Jerukkan kembali ikan tersebut.dalam seminggu bolehlah dimakan .
*goreng ikan dengan minyak sedikit bersama bawang besar...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kelebihan Hari Jumaat....

Salam hari Jumaat wat teman-teman blogger semua.....Ari ni nak kongsi pasal kelebihan hari Jumaat....artikel ni diambil dari buku kelebihan bulan dan hari (Abul Khairy Al Latifi)


Daripada Abu Salmah drpd Abu Hurairah ra drpd nabi saw sesungguhnya baginda saw telah bersabda;Sesungguhnya hari yg terbaik dimana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat,didlm hari itu Adam diciptakan,pada hari itu juga ia dimasukkan ke dlm syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan dari syurga itu.Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku.pada hari itu tidaklah seorang yg beriman meminta sesuatu dari ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannyaq itu.

A
bdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda;Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yg terbesar di sisi Allah.ia adalah hari yg lebih besar disisi Allah dari hari raya fitri.Pada hari itu telah terjadi 5 perkara iaitu; Penciptaan Adam,pada hari itu juga ia dikeluarkan dari syurga,pada hari itu juga ia wafat dan pada hari itu terdapat satu masa dimana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yg haram.Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqorobun pun disisi Allah melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.

Ra
sulullah saw pernah ditanya oleh sahabat-sahabtnya mengapakah hari tersebut dinamakan Jumaat,kemudian Rasulullah menjawab;lantaran pada hari itulah tanah yg dijadikan darinya Adam diuli dan diadun,pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yg pertama(bermakna hari kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah....

Salam Syawal (26 april 2025)

  Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...