Jumaat, 21 Ogos 2009

Kelebihan Hari Jumaat....

Salam hari Jumaat wat teman-teman blogger semua.....Ari ni nak kongsi pasal kelebihan hari Jumaat....artikel ni diambil dari buku kelebihan bulan dan hari (Abul Khairy Al Latifi)


Daripada Abu Salmah drpd Abu Hurairah ra drpd nabi saw sesungguhnya baginda saw telah bersabda;Sesungguhnya hari yg terbaik dimana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat,didlm hari itu Adam diciptakan,pada hari itu juga ia dimasukkan ke dlm syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan dari syurga itu.Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku.pada hari itu tidaklah seorang yg beriman meminta sesuatu dari ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannyaq itu.

A
bdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda;Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yg terbesar di sisi Allah.ia adalah hari yg lebih besar disisi Allah dari hari raya fitri.Pada hari itu telah terjadi 5 perkara iaitu; Penciptaan Adam,pada hari itu juga ia dikeluarkan dari syurga,pada hari itu juga ia wafat dan pada hari itu terdapat satu masa dimana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yg haram.Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqorobun pun disisi Allah melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.

Ra
sulullah saw pernah ditanya oleh sahabat-sahabtnya mengapakah hari tersebut dinamakan Jumaat,kemudian Rasulullah menjawab;lantaran pada hari itulah tanah yg dijadikan darinya Adam diuli dan diadun,pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yg pertama(bermakna hari kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah....

Tiada ulasan:

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...