Isnin, 28 Mac 2011

Ke Klinik Lagi....

Cuaca kat sini dari pagi sampailah ke petang nampaknyer cerah.Panas le plk.Terasa cm nk dok dlm ekon je.Dah seminggu,diri nie tak berapa sihat.Batuk xilang2 lagi.Dah rasa cm malas nk pantng mkn.Semalam,tibai je makan segala macam udang,sotong,ais...hah,lantak kau.Pastu,mula le rasa sakit tekak balik.Ari nie,bantai minum ais lagi.Then,mkn lak ikn cencaru.Semua tu 'ubat' le kan.

Pagi tadi ke klinik lagi.Tapi bukan tuk check aku.Tapi check Uwais.Dah 5 bulan lebih.Memang trlewat tuk check 5 bulan,sebab umo 3 bulan tuhari,uwais demam.Cucuk kena tangguh.So,tu le pasal dh lewat le sikit kan.Patutnyer cukup2 umo 5 bulan kn p check,tapi ni dah 5 1/2 bulan.tak pe lah kan.Rutin biasa di klinik.Timbang,sukat,ukur....Berat,naik sikit je.Tinggi,nmpk cm sama je...ehhh betoi ke?Ukur lilit kepala.naik.Tapi BMI tetap 14 dan berat badan Uwais dah masuk ke line kuning.dah kira tak cukup le tu.Nurse suruh bagi minum susu kerap.tapi,nak wat cmne ye.kalo dia dah tak nak macam mana nk bagi.Dah cuba bg,tapi kalo dia xnak,dia akan luahkan balik puting susu tu.Nak paksa.Alahai,budak kecik.....cmno.nak bagi mkn,dah xboleh lagi.Nurse cakap,tunggu umo 6 bulan baru leh kasi makan.Pastu,check pe g ye.Ha,nurse tu bagi le Uwais berdiri tapi Uwais xnak tegakkan kaki.Alahai,dia cakap,patutnyer baby yg umo 5 bulan dah boleh tegakkan kaki nak berdiri.Ish......kekadang,Uwais ni mahu gak bila diangkat dia berdiri,tapi kekadng memng dia taknak pun.So,nasihat nurse,suruh latihkan jugak untuk dia tegakkan kaki.Nak kuatkan otot dia,kata nurse tu.
Selesai sudah bab2 sukat menyukat dan nasihat menasihat.Pastu......g cucuk plk.Cucuk kat peha,cm biasa.Risau takut Uwais demam lagi.Kalo dulu,cucuk je terus demam.Tapi nmpknyer,dah petang nie,Uwais ok je.Mudah2an Uwais tak demam kali nie.Kalo demam,teruk le jugak aku.Dah le diri sendiri pun kurang sihat nie.....InsyaAllah,ok je nanti tu.Sekarang nie,pihak klinik dah tak bagi siap2 sirap paracetamol tu.kalo demam baru le g jumpa plk,then baru kasi ubat.Tapi xpe lah,sirap paracetamol dah memang ada kat umah nie.
Temujanji seterusnyer pada 25 April nanti.Sebulan lagi.Tapi 1 April nie ada temujanji gak kat spital.okey lah,sampai sini dulu catatan ari nie....jumpa lagi di catatan seterusnyer....Kejap lagi Najla ngn Alyaa balik dari sekolah agama.Pastu,nak kluar jap g menembak ngn cik Canon.....

Isnin, 21 Mac 2011

Bersantai Di Cameron Lagi......

Jam dah menunjukan pukul 4 lebih.Hujan turun mencurah-curah.Asal petang je,mesti ujan kat sini.Hari nie,dah pun mula balik persekolahan.Cuti seminggu rasa macam sekejap je.Tak sempat nk g bercuti pun sebenarnyer.Badan pun xberapa sihat.Asyik batuk.Peralihan cuaca kot.Aritu panas,sekarang nie dah hujan pulak.Oh ye,sebelum tu nak wish Selamat Berpantang pada kawan blogger kiter iaitu Nor yg dah pun selamat melahirkan baby boy semalam.Tahniah dari kami sekeluarga....

Berbalik pada tajuk.Cuti sekolah aritu,sempat g jenjalan Cameron je.Tu pun pegi balik ari je.Cuti sekolah seminggu,tapi xsempat nk g bercuti atas alasan2 yg tertentu....hahahaha.First,kete xde le plk.Second,bdn xsihat je.Third,asyik ujan je.So,disebabkan kesiankan anak2,ayah pun bawak le gak kami sekeluarga g bercuti selepas dapat kete.Di samping nk menge'test' kete.

Kami ke sana pagi Khamis bersamaan 17 Mac.Siap bawak bekal dari umah lagi.Just masak nasi lemak je.Beli kat sana,mahal....jimat2 le sikit..

Meh le layan gambo2 ye.Dah xde idea nk bercerita.Mood xsihat masih de.....huhuhuhu

Gambar2 nie semua ambik kat Taman Agroteknologi Mardi.


Besar kaktus kat belakang Kauthar tu...

Cantik sungguh bunga orkid nie...

Geram toi nengok.....eiiii

Budak kecik....Uwais tengah minum susu...

Dikelilingi kaktus....


Mana lagi comel....kaktus ke Alyaa ngn Kauthar??

Di bawah rimbunan pohon tomato

Yumyum.....sedap sayur tuuuu.Cian Kauthar,panas laaaa

Basarnyer buah......

Sayur yg enakkkkkk....rasa nk petik je...

Cantikla salad tu buat hiasan....

Segar toi salad2 nie...

Kat ladang teh....panas ooooo time nie

Sekali pandang gambo nie cantik sangat,2 kali pandang nk gelak...macam charllie caplin pun de...hehe

Uwais yg dah penat...landing atas meja

Nampak tak langit.....gelap,ujan mau turun.
Sekian saja gambo2 kat Cameron.Banyak lagi sebenarnyer,tapi cukup lah ye.selalu sangat terbit gambo2 kat Ch nie.Kitorang xde kemana2 pun.Just pusing2 Tanah Rata,Brinchang.....g pasar malam.Xde beli barang bnyk2 pon.Cuma beli sayur sikit ngn buah strawberi.Kami turun dari sana kul 4 lebih kurang.Hujan lebat selebat2nyer.Takut pun ada tau.Asyik membaca ayat2 je sepanjang jalan.Risau....Sampailah ke Ipoh ujan masih lagi turun....

Alhamdulillah,kami selamat sampai ke rumah juga...

Selasa, 8 Mac 2011

Uwais dah meniarap.....

Salam petang Selasa.Dah lama rasanyer tak mengadap blog.Entah kenapa mood malas melanda diri nie.Rasa cam berat je nak menaip kat pc nie,sedangkan bnyk citer yg ingin ku kongsi.Lately nie mmg bz.Macam2 hal yg mesti diuruskan.Badan pun terasa letih sangat.Mata lak rasa cam kelabu le sikit.Bila ngadap je skrin komputer nie,mata rasa cam pedih je.Nanti de masa nk g tuko spek.Dah lama gak rasanyer aku guna spek nie.Dalam 2 tahun kot,entahlah lupa dah.
Penantian ku dah berakhir semalam.Tapi masih banyak lagi mende yg ku nanti sebenarnyer.Nie salah satunyer.Semalam bersamaan ngn 7 Mac,Uwais dah pun boleh meniarap ngn sendirinyer di usia 4 bulan 3minggu   2 hari.Pagi tu,Uwais dah mengiring sambil tolak2 badan.Tangan dok pegang kuat kat dia punyer plygym tu.Aku biarkan je.Tunggu punya tunggu xjugak meniarap.Semalam husben xde kat umah.Dia g kursus kat Ipoh.Petang dalam kul 6 baru balik.Malam tu,husben le yg dok ngasuh Uwais.Ye lah dah sehari tak main ngn anak.Diletakkannyer Uwais kat atas tikar.Entah camne,dalam dok mengiring2 tu terus tertiarap.Haaaaa......meniarap pon dia.Kakak2 yg len punyer le tepuk tangan bila tengok adik Uwais dah boleh meniarap ngn sendiri.

Ni le gambo semalam ketika mula2 dapat meniarap.Hepi sangat aku,sebabnyer ati ni riso bila umo anak dah 4 bulan tapi lum leh meniarap.Hehehehehe.....

Uwais tgh santai2 kat plygym dia.....

Esok nak ke Hospital lagi,nak g amik darah.Keputusan darah yg dulu,ok.Takde apa2 yg meragukan.Kali nie doktor suruh check darah tuk ujian kromosom.Doktor masih ragu2 ngn mata Uwais yg sepet.Takut de apa2 yg tak kena.Rasa2nyer,xde le sepet mana pun kan.Biasalah,doktor pakar paed nie semo nk check.Xpe lah,asalkan semo selamat.Yelah,kalo de pe2 yg xkena biole dapat dikesan dari awal.kalo dah beso pnjng baru terkesan,kan lagi susah.Sample darah kali ni akan dihantar ke KL dan keputusan akan diperolehi dalam jangkamasa 3 bulan.Mudah2an kali ni xde pe2.

Ni gambo baru tadi ambik.....Seronok bila dah dapat meniarap nie.Bila letak je,mesti nak meniarap.Dah kurangle sikit menangis nyer tu....Ehmmmm....nape ye,Uwais ni suka sangat pakai baju kaler pink.Entah nape,aku suka sangat ngn kaler pink.Sedangkan Uwais nie kan lelaki.Ala,masa baby xpe la pakai pink kan.Tapi bila dah beso besok,xyah le ye pakai pink.Dulu2,masa kakak2 dia,aku suka beli baju kaler biru.Ye lah,waktu tu berharap dapat boy.Tapi ketiga2 anak pompuan.So,kali ni,meskipun masa scan dlm perut dulu dh tau boy,tapi aku tetap nk beli baju kaler pink.Rasa cm dah jemu beli baju baby kecik kaler biru.Tapi kan,xbermakna semo baju Uwais kaler pink.Macam2 kaler ada tau.Tapi aku suka bagi dia pakai baju kaler nie...ahakssss..

Sampai ternganga mulut tu tengok Kak Alyaa dok mengagah dia....

Yesss....yesssss....yessss
Tak lama lagi boleh le saya merangkak plk..

Jumaat, 25 Februari 2011

10 panduan bagaimana untuk mendapat ketenangan jiwa

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:

“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”

Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.



3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita.

Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.




6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:

“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”

Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”

Sabdanya: “Kerana hutang.”

Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:

“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Khamis, 24 Februari 2011

Menu hari nie.....Ketam bercili

Bertemu kembali di hari Khamis.Ari nie cuaca kurang baik.Dari pagi lagi dh turun ujan.Cian budak2 g seklh dlm cuaca yg ujan.Nasib le ada kete.Kalo budak2 yg naik moto tau jln kaki,lg cian kat deme kan.Dulu2 kalo ujan pagi2,sklh mesti cam lengang sikit.Budak2 liat nak ke sekolah.Tapi kini dah berubah.Mungkin jugak pemikiran ibu bapa dah lain.Hujan ke tak hujan,anak2 mesti ke sekolah gak.Pelajaran tu mesti diutamakan.
Meskipun hujan keje dalam umah mesti buat jugak.Penat la.Ari2 mesti penat.Kemas umah,basuh pinggan yg melambak,lipat kain,uruskan baby...adussss....Umah kemas mcm mana pun,sat lagi bila budak2 balik je sklh mesti brselerak balik.Kat ruang tamu tu lah diorng nk kluarkan segala mak nenek mende.Buku2 sekolah tu dah tentu lah.Ye lah,umah pun kecik je kan.lain la kalo umah tu beso gedebak....

Bab makan,itulah yg ditanya setiap kali balik dari sekolah.Mesti bukak tudung saji tgk pe yg aku nie masak.Kalo xmasak,kesian kat deme kan.Yg simple2 pon jadilah.Alyaa,bila bukak je tudung saji tu nampak le ketam,pelagi,dah xsabo2 nk mkn.Yg Kak Yong plk,dah sakit telinga plk.Dia dok gaduh sakit dr semalam g.Jam baru kul 12.30 tghari.Klinik pun lum tutup.Aku sruh je ayahnyer bawak g klinik.Kalo pe2 hal karang lagi teruk plk.Tambah2 bab telinga nie,bahaya tau.Kat klinik,diorng cuci,nth de apa tah yg masuk.Pastu bagi ubat telinga yg titik tu ngn sirap paracetamol.Balik je dari klinik,si Alyaa yg dah xsabo2 tadi dah siap menunggu nk mkn....terus g basuh tgn ....MAKAN......

Berebut-rebut makan cik crab ari nie.Masak yg simple je.Ketam bercili.Resipi amik kat blog HaNa,tapi dh diolah oleh aku...hahahaha...pandai sungguh aku ni kan.Kiranyer pestime wat ketam camni,selalu buat masak lemak tau bercili biasa.Kali ni try camni lak.Sedap kata deme.Fuhh,lega bila masakan aku cuci licin..

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor ketam size sederhana - belah dua cuci bersih
  • 10-15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2 (deeja guna cili masak)
  • 1 / 4 biji bawang besar kuning @ 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • air asam jawa
  • sebiji telur
  • gula dan garam
Cara-cara
  • Rebus @ celur cili kering dengan air panas. Basuh dan toskan.
  • Blend cili bersama bawang merah dan putih.(deeja tambah ngn buah keras)
  • Panaskan minyak (minyak lebih sket dr tumis biasa), tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak. jika kering tambah air lg .. Masukkan air asam jawa.Gaul.
  • Masukkan gula dan garam. Masukkan pula ketam.Gaul.
  • Masukkan sedikit air dlm 1/4cawan. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak dan cili agak kering. sesekali balik2kan takut hangus bhgn bawah.
  • Buka penutup, kecilkan api, kocok2kan telur dan siram atas ketam. Gaul mesra.Matikan api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun bawang / ketumbar.

Isnin, 21 Februari 2011

Q ohhh Q....

Pantasnyer masa berlalu.Hari Isnin dah pon menjelma.Anak2 dah pun ke sekolah.Maka mamanyer pon sibuk lah bukak fb dan blog.Mengintip,mengintai apa yg patut.Rumah sunyi sebentar.Anak teruna kecik pun lum bangun g.Umah belum berkemas tapi dah sibuk2 dok depan pc.De ke patut aku nie.Tapi xpe,baby kecik de ayahnyer tolong jaga.So leh le buat keje xtergesa2 sangat.Kalo idak terkejar-kejar aku nk menyiapkan hal2 umah.Dah bukak blog dah tentu g survey resipi.Semalam beli udang laut.Rege sekilo dlm rm24.Saiz sedang2 je tapi beso le gak.Dok pikir2 nk wat pe ye?Nak tumis camtu,xsedap le plk kot....Nak wat gulai...ehmmm,semalam pon dh mkn gulai...
Oh ye,nak citer pasal q.ataupon dalam bahasa melayu nyer beratur.Beratur...cam budak2 je bunyinyer.Tapi kita yg tua nie pon kena beratur gak kan.Masa nk amik tiket,urusan kat pejabat pos,kat kaunter pembayaran pe2 gak la kan.Tapi kan semalam nie,aku bengang gak la ngn sorang nyonya tu.Aku g beli pampers kat manjaku centre.Aku dah letak pampers tu kat atas kaunter.Masa tu de le sorang pompuan tgh dok bayar,so aku pon tunggu le kat tepi.Tetiba je,abis je pompuan tu bayo,dtg le si nyonya tu terus meluru letak tin susu dia.Keluokan duit terus bayo...Eiiii geram la tgk.Tapi aku diam je lah,malas nk gaduh2 coz barang dia cuma satu dan brg aku pon satu gak.Aku jeling je tgk dia.Tapi biasalah,bila org C*** nie,diorang bknnyer cm org kita.Bila org jeling tentu dh perasan pe yg xkena.Nyonya tu wat xtau je sambil dok co che co che cakap bahasa dia ngn uncle kat kaunter tu.Eiiii....org dok tunggu lama,dia boleh plk potong turn.....Mulut tu rasa cm ringan je nk keluokan perkataan tapi sabo je lah...dok marah dlm ati je lah.....
Ni satu lagi kisah pasal Q...Nak tergelak pon ada,kesian pon ada.Kat tesco.....rata2 mesti org tau kat tesco ramai org.So,bila nk bayo tu,kekdng kna tunggu lama tambah lak bila kaunter cuma bukak sikit.Orang plk kalo membeli xingat dunia.Mesti penuh satu troli.Aku..????ada le cikit...kekdng penuh, kedng tu penuh ngn anak je...huhuhu.Aku ni bila menolak troli punyer le lemah gemalai.Jalan slow2 je.So,bila sampai kat kaunter bayo tu,aku pon tolak cam biasa.Tapi de le sorang kakak tu,dia kat kaunter 2.Aku nk ke kaunter 1.Bila dia tgk kaunter tu q dah xramai cuma de sorang je lagi berbanding ngn kat kaunter 2 tu,kakak tu tadi punyer le laju tolak troli dia.Aku tau dia nk rebut ngn aku le tu.Dah elok2 dok tunggu kat kaunter 2 tetiba bila tgk kat kaunter 1 tu leh cepat,dia pon kelam kelibut nk tuko kaunter lak.Ye lah org yg dok tgh beratur kat kaunter 1 tu cuma bwk brg dlm 1,ke 2 brg je.Berbanding kat kaunter 2 tu,brg masih berlmbak2 g blum dikira...huhuhu.Tapi aku ni xendah pon,aku tolak gak troli aku tanpa segan silu.Yg aku nk trgelak,kakak tu tadi bkn men laju g tolak troli nk pintas aku.Tapi tetiba je,og yg dh siap beratur tu tarik aku punya troli sambil hulur kad tesco dan duit....uishhhh,baikhatinyer org kat depan tu kan.....lalalalalala...kakak tu pandang je aku dengan perasaan malu le kot.Hehehehe.......husben aku dah tunggu dulu,so jgn rebut2 ye.....Dalam kes camni,aku ni dikategorikan potong q ke?????

Ahad, 20 Februari 2011

Menjamu selera di kampung......

Alhamdulillah.....seronok rasanyer dapat bersantai2 kat kampung sambil menikmati hidangan makan tengahari tadi.Meskipun lauk sekadar yg biasa2 je tapi tetap sedap.Suasana kampung lain dari suasana kat umah aku.Sentiasa bising dengan unyi kenderaan.Kat kampung sunyi je.Yg de bunyi suara anak2 kecil,unggas2....sekali sekala rasa macam ingin kembali menetap dikampung.Umah kat kampung pun dah tinggal umah cu je.Umah mak dah runtuh,sayang umah tu.xde sape nak jaga.Di mamah usia lalu tumbang begitu saja.Banyak kenangan yg ku tinggalkan di sana.Aku dibesarkan di sana.Walaupun hanya 16 tahun saja aku tinggal kat kampung tapi pengalaman lalu cukup indah.
Udah2 le ye kita mengimbau kenangan silam.Moh le kiter citer pasal makan2 ari nie.Ari nie p kelah2 kat umah cu.Makan berselera sungguh sampai xcukup lak nasi...huhuhuhuhu....Lauk dimasak by my cu dan jugak aku....Sebenonyer bkn de sapa lg pon cuma kami sekeluarga dan cu.Cu ni ibu tunggal...dok sorang2 je...Anak2 aku kalo ke sana mesti rasa seronok sgt.Dapat kebebasan.berlari kesana ke mari.Pastu korek pasir,main masak2....huh....mcm2 la yg diorng main.Mcm aku kecik2 dulu gak....Jom kiter layan gambo2 tadi ye..

Menu nyer adalah...kari ikan bawal,ayam masak merah,tumis sayur,ulam kacang kelisa & pucuk kemangi  cicah budu dan sayur keladi masak asam
Ulam2 ni direbus je.Pastu cicah lak ngn budu..pehhh meleleh tau.Kalo cicah cencaluk pon sodap.


Ayam masak merah...
Kari ikan bawal campur bendi.Yang best tu,bendi ni ditanam sendiri oleh cu.


Puteri2 ku tengah menunggu masa tuk bersantap....
Najla yg dh tak sabo nk mkn sampai peluk pinggan

Bentang tiko kat luo.....berangin je.Memang berselera

Tengok tu,Kauthar pon pandai mkn ulam...

Salam Syawal (26 april 2025)

  Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan per...