12 April 2011,hadirnya,menggenapkan usia Uwais 6 bulan.Cepatnya putaran masa.Anak teruna ku dah makin hensem,makin cerdik.Hatiku kekadang terasa seronok sangat2 tapi kekadang terasa sayu.Wajah yg manis itu selalu membuatkan hati ku dan pemikiranku menjadi lebih matang.Kekadang aku bermain dengan emosi sendiri.Kekadang ia akan lenyap begitu saja.Tapi,naluri keibuan tak dapat meyorokkan segala bagai emosi yg bermain dimindaku.Aku senantiasa tersenyum bila orang mengatakan anak aku comel.Syukur,alhamdulillah.Tapi jauh disudut hatiku,aku menyimpan satu rasa yg sukar untuk diungkapkan dengan kata2.Aku sedih,hiba.Tapi,kenpa aku mesti bersikap sedemikian rupa sedangkan anak aku xde apa2.Cuma satu masalah.Mudah2an selepas operation nanti,segala macam masalah akan lenyap.Aku ingin anakku Uwais normal macam anak2 yg lain.Aku perlu kuat...kuat segala galanya.Aku yakin aku mampu menghadapi segalanya.Semalam,Uwais ke klinik pakar paed lagi.Doktor meminta aku untuk tandatangan surat kebenaran untuk MRI.Doktor masih belum buat keputusan muktamad.Menurut doktor yg aku jumpa semalam,diorang nak berbincang dulu dengan doktor2 pakar.Doktor pakar yg besar xde semalam.So,xboleh la nak buat keputusan.Lilitan kepala Uwais kecil sikit,tapi still naik.Doktor ragu2 dengan masalah tersebut.So,ada kemungkinan besar doktor nak buat MRI.Sian Uwais,kalo nak buat MRI nanti,nak kena g ambik darah lagi.Ujian darah yg dulu pun belum keluar lagi.....Hishhhh....kekadang tu aku kesian bila nak kena cucuk,ambik darah...menangis,melalak bagai la anak aku tu.Sedih aku.Tapi,apa yg doktor cakap tu betul.Ujian kena buat untuk memastikan Uwais xde masalah seperti apa yg mereka syak.Ya Allah,kuatkanlah hati hambaMu ini.Naluri mama mu ini mengatakan yg Uwais xde apa2 masalah.Hanya kemungknan je kan.Uwais,perkembangan yg lain normal macam budak2 lain.Dah boleh keluarkan bunyi,ambik barang,gengam barang......sama kan macam baby2 lain.Pendengaran dia pun ok.So,aku xpayah la risau2 sangat pasal mende2 tu.Tapi dalam xsedar,kekadang air mata ku mengalir juga mengenangkan diri Uwais.yakin boleh,semangat ku mesti kuat....think positive.Xde apa2 selain masalah yg satu tu je.InsyaAllah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kita hanya mampu merancang....
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Menu untuk petang tadi.....Terajin lak untuk uli menguli ni.Deeja buat cucur kembung.Tapi rata2 kat blog yg deeja jumpa kata cok bantal....R...
2 ulasan:
salam kenal dari che mid. saya follow blog puan sebab nama sama dengan nama puteri bongsu ku..
Semoga uwais sembuh dan sihat seperti biasa..
Deeja; biasalah..uwais ni baby lagi. Bila byk sgt proses demi kesihatannya..kita nk wat camne..sedih pun kena lalui jugak.
Catat Ulasan