Jumaat, 8 April 2011

Kisah Aku........bagaimana ye????

Semalam,sudah pergi meninggalkan aku.Kini,muncul cik mentari di pagi Jumaat yg indah.Aku bersyukur kerana masih diberi nyawa dan kesempatan untuk menikmati keindahan alam,menghirup udara segar.Alhamdulillah..Kesihatanku masih belum pulih sepenuhnya.Sihat tapi tak sihat.Batuk2 masih ada,meskipun hanya sekali sekala.Masih lagi diberi kudrat untuk berbakti kepada Allah dan juga pada keluarga tercinta ini.Uwais,batuk2 balik.Alyaa pun sama,batuk & selsema.Nasib baik Kak Yong ngn Kauthar xde apa2.Aku xdapat lelapkan mata malam tadi.Tapi dalam erti kata lain tido jugak cuma lewat sikit.Mata ni xmengantuk.Mungkin jugak sebab malam tadi aku pekena ice blended kopi,beli kat Old Town White Coffee tuu.Pekat usah cakap la.Memang sedap,sluurrrppp.Tapi akibatnya,aku xleh lelapkan mata.Mulalah,mencari kerja.Tapi kerja pe yg nak dibuat malam2 buta.Pe lagi,bukak komputer la.Melayari web demi web.Berblogwalking ke satu blog ke satu blog.Tapi aku cuma singgah je,ada yg ku tinggalkan jejak.Ada yg hanya ku singgah ,sepi tanpa sebarang komen atau jejak.Seronok ye,bila malam2 membaca pelbagai kisah.Sambil2 tu,terdengar jugak satu suara memecah kesunyian.......Fuhhhh.....bunyi pe tu,bunyi suara Alyaa mengigau.Dah le tu,perkataan yg dikeluarkan dia tu betul2 buat aku nak tergelak..."Alyaa taknak kahwin le nanti" kehkehkehkeh......pe ke he nyer si Alyaa ni boleh mengigau camtu...ish3,anak mama nie.Aku biarkan je.Budak2,xsihat gamaknyer,tu yg dok merapu2 je cakap....
Satu demi satu blog ku terjah.Hinggalah aku sampai ke satu blog yg membuatkan hatiku berfikir.Aku kagum,teruja dan terasa ada satu semangat bila membaca catatan penulis nie.Kisah seorang ibu yg mengajar anak2nyer kat rumah.Homeschool.Cara dia mengajar,cukup buat aku rasa bersemangat untuk jadi seperti dia.Sebelum nie,ada jugak aku jumpa blog seorng cikgu sekolah yg mengajar cara yg hampir sama.Menggunakan pendekatan yg hampir serupa.Membina segala macam bentuk bahan pengajaran untuk anak2.Teringat aku pada mak satu ketika dulu.Mak,cikgu sekolah.Mengajar murid2 KBSR sekitar tahun 80an.Macam2 bahan pengajaran yg mak buat untuk mengajar anak muridnya.Aku dulu pun seronok  bermain dengan kad2 sedemikian rupa.Bukan hanya kad,tapi apa juga yg ada disekeliling kita ni boleh dibuat bahan untuk mendidik anak mengira dan juga mengenal ABC.Seronok sangat bila dapat bersama2 anak,bermain,belajar,mendidik...Aku teringin untuk berbuat begitu.Bolehkah?Aku surirumah sepenuh masa.Tak terikat dengan mana2 kerja.Waktu aku hanya dirumah.So,tentu boleh kan.Aku mesti cuba.Sebabnyer,aku masih ada lagi anak kecil yg belum mengenali nombor dan huruf.Untuk kakak2 yg dah bersekolah tu,aku akan cari jalan,bagaimana untuk menarik mereka untuk lebih bersemangat tuk belajar.Ujian bulanan Alyaa kali nie,adus,masih lagi xpuas hati.Hanya Bahasa Melayu ngn Matematik je yg boleh dapat A.Yg lain sekadar dapat B.Kak Yong plk,lagi aku tak puas hati.Kauthar,dah boleh menulis tapi masih ada lagi nombor dan huruf yg belum kenal.Aku mesti lebih bersemangat tuk mendidik anak2 hingga berjaya......Aku mesti cuba.
Oh ya.....blog yg aku cakap tu linknyer kat SINI.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Tak sihat ya deeja. Satu keluarga nampaknya tu. Moga cepat sembuh.

Ketawa saya baca pasal Alyaa mengigau tu....

Kena selalu bagi mereka latih tubi tu deeja di rumah. Yus buat begitu, dari mereka 4 tahun lagi. Buku latihan dan aktiviti memang banyak kat rumah ni, dah jadi semak pun ada, sbb takde tempat nak simpan. Tapi hasilnya alhamdulillah, semua anak2 dapat A untuk semua subjek. Cuma Aqil tu selalu lemah dalam BM, tp ujian bulanan darjah 3 yang pertama ni, pertama kali dapat A. Sukahati dia, mmg kita sebagai ibu kena rajin. Deeja anak cikgu, mesti lagi berpengalaman kan...:)

Tapi budak2 ni masa awal2 ni ada yang belum nampak. Tak boleh kata juga, yg pandai masa sekolah rendah, sekolah menengah berjaya. Banyak je, yg sekolah rendah biasa2 je, sekolah menengah cemerlang. Apa pun kita memang nak yang terbaik untuk anak2 kita kan....

Take care ya deeja..

deeja berkata...

Yus...

Thnks ye.Memng kita sebagai parents nak kan yg terbaik buat ank2.Kekdg tu risau sgt bila ank2 ni malas sgt nk buat ulangkaji.Banyak juga beli set2 latihan tuk diorng buat kat umah.Tapi tu la,memula tu laju je buat.Tapi bila dh jemu,mula lah.Entah lah.Mak pun cakap,ngajo budak2 lain lg senang dr ngajo cucu sndiri.Tapi apa2 pun, kita cuba yg terbaik,ye tak.

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...