Rabu, 30 Disember 2009

Ke Muzium Matang(Kota Ngah Ibrahim)

Sambungan jalan2 ke Kuala Sepetang.....Lepas je p ke Hutan Paya Laut tu,kitorang p plk ke Muzium Matang.Perut dah pun keroncong minta diisi...So,pe lagi....yuk kiter pekena Mee Udang...Memang tak sah kalo ke Kuala Sepetang tak rasa Mee Banjir Udang nie...
Taraaa...inilah Mee Banjir Udang tu.....rasa ok lah..boleh tahan.Deeja order mee yg udang laut.Rege dalam rm10 je.Yg rm12 pun de.kalo udang biasa dalam rm6 je...
Husben deeja order kuew teow goreng udang biasa.Rege rm6 sepinggan.Sedap gak,kena ngn tekak....banyak pun banyak...oklah....tak nak komen banyak2,kena rasa sendiri.....Camne..?Dah kenyangkan.....dah le tu,jgn ngadap udang tu lama2.....meh le kiter sambung perjalanan ke muzium lak......Vrooommmm.....


Inilah kedai yg jual Mee Udang tu....Kalo dari bandar Taiping,kena lah p menghala ke pekan Simpang dulu.Kat situ akan jumpa simpang 4.Kalo belok ke sebelah kanan akan menuju plak ke Penang.P terus je ke Kuala Sepetang.Dari situ dalam 10 minit kot akan sampai ke kedai ni.Bersebelahan ngn pencawang.De signboard-MakTeh Mee Banjir Udang...Info ni deeja bagi untuk yg bertanyakan kat mana kedai mee udang tu.Camne Chik Mi....ok tak?
Inilah Muzium Matang.Dibina oleh Ngah Ibrahim yg bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.Anak kepada Long Jaafar.Org Melayu pertama yg membuka lombong bijih timah di kawasan Larut,Matang dan Selama pada tahun 1840.Kompleks ini adalah bangunan yg beliau jadikan rumah,kota dan juga pusat pentadbiran Larut di atas kawasan seluas 0.8094 hektar.Bangunan ini dibina sepenuhnya mengunakan batu batan...
Ok....sambung citer tadi....Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4Feb 1895,kota ni diletak di bawah pentadbiran Inggeris sehingga dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang(1913-1922).Lepas tu dijadikan Sekolah Melayu(1923-1941).Semasa zaman pemerintahan Jepun(1942-1945)dijadikan sebagai Markas Tentera Jepun.Bila Jepun menyerah kalah ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu.Kini dijadikan Muzium Matang.Jom...kiter masuk,tengok pe yg ada...


Replika Kota Ngah Ibrahim...


Ok,sekarang kiter ke tingkat atas plk....Yg ni bilik Ngah Ibrahim...
Mahkamah....
Bilik pegawai British,semasa pemerintahan British...

Kamar beradu Ngah Ibrahim...
Kat tingkat atas ni jugak de dipamerkan kelas untuk kanak2 di zaman dulu,sekolah melayu le tu..x snap le plk..
Di hadapan replika gajah....Menurut sejarah,bijih timah telah ditemui terlekat di kaki gajah.Sejak ari tu,bermulalah aktiviti melombong bijih di daerah larut...
Sebahagian kota yg telah runtuh...Yg ni kat belah depan.Khabarnya runtuh akibat kapal terbang
Jepun yg terhempas di situ,semasa pemerintahan Jepun...Ok....tu je yg dapat deeja citer...kalo nk tau lebih lanjut kena datang sendirilah ye....

5 ulasan:

PUTERA2PUTERI berkata...

salam deeeja...la ieta pun p pekena mee udang banjir gak la.....iihhh x jumpa lak no...ieta gi marin ari selasa la...deeja p ari pa....

rosnanie berkata...

salam deeja

saya pn pernah makan kt kuala sepetang, tp rasanya bukan kt kedai yg deeja makan tu, rasanya memang best

Muzium matang? Hmm... tak pernah pulak singgah

deeja berkata...

Salam Ieta....
nk wat cmne....kita pakat p len2 ari...kalo tak leh jmpa...

Salam Rosnanie..
skrng ni dh bnyk kedai mee udang,tapi yg masuk kt tv tu kedai mee udang yg deeja p tu la...
Nnti p plk leh snggh Muzium,coz jmpa muzium dulu br jmpa kedai mee tu..

MohdArshad berkata...

Salam..Deeja...balek kampong (malaya) nanti nak pegi muzium dan makan kow tiaw....mesti kow punya...

deeja berkata...

Salam Mohd Arshad...
bila nk balik tu..?insyaAllah,nnti dapat le mkn kuew tiow yg kow tu...

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com