Khamis, 7 Januari 2010

Aku Masih Tiada Mood.......

Kesinambungan cerita semalam......Salam di malam Jumaat....Terlebih dahulu,deeja nak ucapkan ribuan terimakasih pada yg turut bersimpati pada deeja.Tak kurang juga yg sudi berkongsi pengalaman hidup......hati ni rasa terharu dan sayu mengenangkan apa yg dah jadi...Bukanlah tujuan deeja nak mengharapkan simpati tetapi apa yg deeja catatkan adalah luahan hati seorang ibu yg tak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah agama rakyat.....Disebabkan pengurusan yg tidak cekap,anak menjadi mangsa.....Deeja ingin berkongsi masalah kepada umum dan jadikanlah pengalaman deeja ini sebagai iktibar bersama...

Petang tadi,kami sekeluarga sepakat pergi bertemu dengan ustaz dan ustazah yg bertugas....Kami cuba menyuarakan ketidakpuasan atas apa yg telah terjadi....Kerana ini bukanlah kes kecuaian diri sendiri tetapi kes kecurian di sekolah agama rakyat.Sepatutnya mereka yg harus bertanggungjawab atas segala kecurian yg berlaku ketika berada bersama mereka....Yg paling deeja ralat,mereka seolah-olah ingin melarikan diri dan tidak endah dengan kehadiran kami.....Mereka mengambil hal itu sambil lewa tanpa merasakan itu adalah tanggungjawab mereka.....Untuk pengetahuan semua,spek yg hilang tu ketika ingin mengambil wuduk solat asar....Dah simpan dalam beg tapi digeledah org budak2 dan dicuri.....Ada yg nampak lalu menceritakan hal itu pada ustazah tetapi ustazah tidak peduli dan hanya berdiam diri....Sama jugak ketika kami bertemu mereka tadi,ustazah tu mengatakan yg budak2 ada yg jahat bila dah ramai2.Deeja rasa kalo pihak sekolah agama rakyat lebih mementingkan disiplin,ada pengurusan yg lebih sistematik dan efektif,benda sebegini takkan berlaku....Contohnyer,takkanlah kita yg dah dewasa tak terfikir akan terjadinyer kes kecurian jika beg2 hanya diletak diluar surau.Pada pendapat deeja,diorng boleh fikirkan tempat yg lebih selmat contohnyer kat ruang depan berdekatan dengan ustaz atau ustazah...Kenpa terlalu lembab nak pikir hal sebegitu...satu lagi,boleh plk diorang cakap dah qada dan qadr...Iye...tentu sekali kita yg beragama Islam ni dan percaya dan yakin tentang rukun Islam dan rukun Iman....Yg buatkan hati terlalu terkilan diorang takde pun rasa simpati,men lepas tangan....Kalo hilang atas kecuaian diri sendiri mungkin itu kiter boleh terima itu sudah suratan takdir,tapi bila melibatkan kes kecurian,bukankah itu sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan.Bayangkan kalo negara kita ni,banyak jenayah camne pun,kita p repot polis,polis cakap tu dah qada da qadar....Sokongkah kita camtu......Apa akan jadi pada anak bangsa kalo tiada tindakan susulan.....Macamtukah sikap dan sifat seorang khalifah di bumi Allah ni.....Ya Allah....nape seorang yg bergelar ustaz dan ustazah ingin melarikan diri dari tanggungjawab.Tidak endah,pandang ringan masalah ni...Mampukah orang sebegitu dapat mendidik anak bangsa menjadi bangsa yg berhemah.....Huh.....apa nak jadi diorang ni....Bukankah bila kita dibayar gaji untuk melaksanakan sesuatu tugas kita wajib melaksanakan tugas yg dah diamanahkan pada kita...Bolehkah kita lari dari tanggungjawab?Bukankah peranan seorang guru itu untuk menjadikan anak didiknya seorang yg berilmu...Deeja bukanlah arif dalam hal ni,tapi ketidakpuasan itu membuatkan hati ni tak tenteram.....membiarkan perkara yg berlaku depan mata dan mereka hanya menutup mata....Benarkah...sebegitu....Pada guru2 yg mengajar di Sekolah Agama Rakyat....ampun maaf dipinta...Bukanlah nak menjatuhkan atau memalukan pihak sekolah,tapi hati ni benar2 dah luka,ralat....sebab tidak prihatin langsung....Kalo pensel sebatang atau wang seringgit,deeja tak akan kisah tapi ni benda yg penting,berharga.....Mungkin mereka tidak dapat menyelami perasaan kami,tapi andaikata Allah memberikan mereka cubaan ke atas anak mereka.....barulah mereka dapat rasa langit tu tinggi ke rendah......Bukanlah hati ni tidak redha,tapi bolehkah hati ni redha di sebabkan kejahilan anak2 didik mereka yg mencuri,menyelongkar beg pelajar lain....Sepatutnya,ustaz dan ustazah tu bertanya pada budak2 yg berkenaan,soal siasat la sikit....pastu,paling tidak pun bagitahu lah perkembangan tapi hingga saat ni,dah malam buta pun,diorang hanya berdiam diri.....Cara ustaz dan ustazah tu bercakap pun sudah nampak kebodohan mereka....bercakap tanpa berfikir panjang.....ingat kita ni org kampung yg kolot gamaknyer....InsyaAllah......sikapmu itu akan terbalas jua.....tatkala deeja menaip baris2 ayat,mata ni jugak dilinangi air mata.....Kesal.....ralat.....Bukanlah deeja nak menuduh sesiapa tapi hati ni benar2 tak puas...Bukanlah kali pertama anak deeja dibuli dan diganggu...Tahun lepas pun sama,hantar gi ngaji....tapi dibuli oleh budak2...Depa boleh suruh anak deeja pegi mintak duit kat mak sedara husben.Ketika tu sekolah tu berhampiran ngn umah mak sedara husben.....Mujurlah,mak sedara tu sedar awal,tanya siapa suruh mintak.anak deeja trus tunjuk budak2 yg bersama ngn dia tu...Langsung kami berhentikan dia dari ke sekolah tu....Apa nak jadi ngn budak2 yg ke sekolah agama...nak belajar agama ke nak belajar apa.....Pedih hati ni.....Memang takde mood....Kekadang deeja terfikir,apa nak jadi pada agama kita,anak bangsa kita.....mana maruah diorang,bagaimana didikan ibu bapa mereka.....hari ni jugak kami dah mintak wang kami balik...tak ingin lagi terjebak dengan dunia yg membosankan,ingatkan sekolah agama rakyat boleh didik anak kami tetapi sebaliknyer.....langsung tak tegas.....benciiiiiiiiiiiiiiiii....Setahu deeja,Nabi dulu pun tak pernah mengajar umatnyer tuk lepas tangan.Kalo timbul masalah,wajiblah diselesaikan masalah dengan cara yg berhemah...bukan melarikan diri dan buat endah tak endah sahaja.....Wahai umat nabi Muhammad,sedarlah...kita di ambang kehancuran kalo kita tak ubah sikap kita.....

5 ulasan:

Budak Malu818 berkata...

karang kalau kata bodoh,marah plak depa..
sabarlah..
kalau,dah rase diri besar mcm tuhlah jadiknyer..
baru jadi ustaz@ustazah..dah berlagak..hurm..

♥LOVE2COOK♥ berkata...

So sorry for what happened KakDeeja...:(

deeja berkata...

Thnks buat Budak Malu dan juga Love...Deeja rasa terharu bila de sahabat yg sudi berkongsi ngn deeja...Deeja hargai...

indahhouse berkata...

Salam sejahtera, kak.

Kak,
Dugaan Allah, kak. Kak dah bawa bincang, kan? Moga ada penyelesaian.

Bersangka baik, kak. Moga Allah pulangkan benda yang hilang.

Ibu mertua saya bekas guru agama, kak. Saya pun ada teman. Kebykan mereka yg bergelar ustazah, mmg sikapnya begitu, perbuatannya tidak sedrastik kita.Mungkin mereka siasat secara senyap, kak.

Saya sendiri, mungkin akan jadi macam kak, buntu, dan rasa geram dgn kes yang berlaku.

Insya Allah, niatkan, kak... moga Allah kembalikan barang yang hilang. Moga budak yg mencuri insaf. Kita nak hukum, dia tak mengaku. Moga Allah didik dia.

indahhouse berkata...

Moga dipermudahkan jalan buat kak. sori, ya,kalu saya buat kak sedih . tak berniat. huhu.

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com