Jumaat, 22 Januari 2010

Puding Kastard Marble....

Salam Jumaat......indahnyer pagi Jumaat ni,mentari muncul cantik je....Suasana nampak terang je.....Kat Taiping ni dah tak ujan,cuaca dah kembali panas.Tapi semalam kat bandar Taiping ujan jugak....Kat umah deeja elok je....Panas2 ni tekak pun teringin nak makan benda yg nyaman.So semalam,merajinkan diri buatle puding ni.....Kira menu ulangan jugaklah.Sebab dah penah buat dan menepati citarasa deeja.Lagi plk,bahan dan buatnyer simple.Deeja ni selalu simpan stok benda banyak2,bila teringin nak buat itu ini dah ada,senang.Tak payah lagi jenuh2 nak g kedai membeli.Tapi kekadang tu tandus gak.....Jadi nak senangkan citer,buat puding ni pun sebab bahan dah ada....
Inilah rupa puding yg dah dipotong.....Amacam,nampak ok ke? Kat sini deeja catat le resipinyer

Bahan.
4 sudu besar tepung kastard*
1 cawan gula*
1/2 cawan susu tepung*
4 cawan air*
1 peket agar2 serbuk(10g)*
3 sudu besar mentega
sedikit serbuk koko

Cara buat.
Didihkan bahan bertanda* sehingga likat.
Bila dah agak likat,masukkan mentega.
Kacau hingga sebati
Bahagikan adunan kepada dua
1 warna asal,1 lagi di campurkan serbuk koko.
Tuang dalam acuan.Dinginkan.
Dah pun siap untuk dihidangkan......Sila le...jangan le segan....

5 ulasan:

salamdariborneo berkata...

deeja,cantiknya puding tu.mesti sedap.

deeja berkata...

Salam kak Maria...
cuba le kak...menepati citarasa deeja...

zailamohamad berkata...

sedapnya!!

deeja berkata...

Salam zaila....
akak dah kongsi resipi,nnti leh le zaila buat lak ye....akak nk rasa..hihi

IxoR@ berkata...

sgt rajin!

klu la sis dok sebelah umah sy...mesti leh tumpang rasa...

hehehehehe.....

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com