Selasa, 20 Oktober 2009

Nasi Ayam Hainan.....


Nasi Ayam Hainan ni menu untuk makan tengahari tadi.Ingat nk n3 awal sikit tapi dah badan lak rasa tak berapa nak sihat.Asyik pening kepala je dari tengahari tadi.Makan pun tak berselera sangat tapi.Makan ubat,rasa ok sikit tapi dok sakit kepala g.Petang td lepas upload je gambo ni badan dah rasa semacam terus tutup je laptop.Malam ni kira dah bleh on.Ni pun dok berbau minyak cap kapak.
Ok lah,berbalik pada nasi ayam hainan ni,dibuat atas permintaan suami.Tapi ayam nyer bukanlah original hainan.Ayam tu cik hubby yg tolong gorengkan.Resipi ni Deeja amik kat dalam majalah rasa,majalah yg tak penah mis...tapi resipi telah diubahsuai ikut citarasa..

Bhan nasi..
720g beras(dibasuh dan ditoskan)
1500ml air rebusan ayam
21/2 sudu minyak sayuran-tapi tapi Deeja guna minyak sapi.
1inci halia
daun pandan/garam secukup rasa

Bahan ayam..
Ayam
Halia muda
2 sudu kicap soya
1 sudu minyak bijan

Cara buat..
Nasi.
Tumis halia ngan minyak sayur
Kemudian masukkan ke dlm beras.
Masukkan air rebusan ayam secukupnya
Tambahkan daun pandan dan garam secukupnya.

Sup.
Tumis bawang,halia dan rempah ratus,kemudian masukkan ke dalam balance air rebusan ayam.
Perasakan ngan serbuk perasa dan garam.

Ayam.
Ayam tadi digaul ngan kicap soya,halia dan minyak bijan.
Perap sebentar,kemudian goreng sekejap.

Sos cili.
Tumbuk cili bersama ngan bawang putih.Campurkan bahan tumbuk tadi ngan cili sos dan sedikit gula dan jika pekat tambah air.Kacau,siap..

Hidangkan bersama ngan sos cili,salad,timun,kubis yg dihiris halus dan tomato.

3 ulasan:

otam67 berkata...

Salam

kalau nak tengok nasi hainan madu di http://nasiayamhainanmadu.blogspot.com/ dan cerita lain di http://otam67.blogspot.com/

cik intan (◡‿◡✿) berkata...

.lapar T___T

deeja berkata...

salam otam67..
kalo de masa,akak p jalan sana ye..

salam cik intan...
ha...ya betoi..akak dh dengar bunyi kriok..kriek...bunyi puyut lapo...kikiki

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com