Isnin, 19 Oktober 2009

Puding Telur Coklat

Semalam teringin sangat nak makan puding,gerodek petiais,dah butter plak abis.So pikiaq punya pikiaq teringat resepi puding kat blog Hana.Tak yah guna butter,cuma telur ngan koko je.So cuba le wat.Sedap....Makacih ye Hana,akak amik resipi ni.....Aku yg memang kepingin nak makan puding cuma dapat rasa satu mangkuk je.yg len tu anak2 dok pulun.Sedapnya mama buat...nanti buat lagi tau....Aku takde bekas lawa2 cam kekawan kita sana tu.Yg de cuma bekas ni,so...taruh je lah...bukan nak hidang kat orang,kat perut sendiri je....Jgn le gelakkan bekas acuan tu...Special....
Memang lembut sangat rasanya.Semalam xsempat nak taruh dalam petiais pun.Sudah je masak,anak dah sibuk nak makan.Bila dah sejuk sikit,dalam kata len masih suam,abis licin.....
Resipinya.....di c/p dari blog hana
Bahan-bahan
  • 250 ml susu segar
  • 2 sb serbuk koko
  • 3 sb gula halus
  • 2 biji telur
  • mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
  3. Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
  4. Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 20 min atau hingga masak.
  6. Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
  7. ***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong.

2 ulasan:

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

penccuci molot yang beshhhh

deeja berkata...

alvin,mmg best sampai berlemuih mulut....

bacalah........bekalan kita disana nanti.......

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com