Khamis, 8 Oktober 2009

Siakap Masam Manis......

Assalamualaikum....Dah lama gak Deeja tak keluarkan n3 pase makanan.Hari ni berkesempatan masak feveret Najla.Siakap masak masam manis.Omputih kater sweet sour...Ikan siakap ni dah banyak hari beli tapi terperap je kat dalam petiais tu.Bila nak masak je,de je cadangan org dlm umah ni nak makn benda len.Org dlm umh ni hubby le tu...

Sib baik,hari ni bekalan air dah ok.Semalam tu paip pecah.Kontraktor yg dok wat jalan ketapi tu tersodok paip air.Pe lagi,memancut le air keluar dan yg jadi mangsanya orang2 sekitar le....Depa punya pasai,kami yg kena...

Berbalik pada ikan siakap ni,beli kat tesco je.Selalu mahal.Ni tengok sekilo dalam rm8 lebih je.So,disebabkan dah lama tak makan,aku dengan senang hati belilah...

Nak wat siakap masam manis ni senang je......Nak ke resipi aku ni....Rasa2nya ramai yg lagi pandai masak dari akukan.Tapi takpe la...ini versi dari Istana Permata Hati Deeja.....ngehngehngeh...

Bahan...
Seekor ikan siakap-digoreng dengan garam/kunyit dan sedikit tepung goreng yg berempah.

Bahan tumis...
Bawang merah,bawang putih,halia
Serai,daun limau purut,cili padi-diketuk
3 sudu sos cili
1 sudu sos plum
sedikit sos ikan
sedikit serbuk pati ayam
garam,gula secukup rasa

Sayur2an-deeja taruh bunga kubis je,kekadang kalo de sayur campur sejuk beku tu pun Deeja taruh.
Sampingan-tomato(dibelah 6),bawang besar(hiris bulat),daun sup/daun bawang

Cara buat....
Tumis bahan tumis
Kemudian masukkan kesemua sos.Tambah air.
Masukkan sayur.
Bila kuah hampir pekat,masukkan bahan sampingan lak.
Curahkan kuah diatas ikan yg telah digoreng tadi.
Sedia untuk di....makan le..pe lagi...

Tiada ulasan:

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...