Isnin, 19 Oktober 2009

Ulam Jantung Pisang dan daun selom....

Menu hari ni simple,ala kampung.Hanya masak lemak cilipadi ayam ngan rebus ulam jantung pisang ngan daun selom.Memang pehhh...bertambah-tambah makan nasi.Cicah lak ngan budu.Memng terangkat.Najla bertambah2 makan.Dia memang suka makan ulam2 cicah ngan budu.Kalo cicah ngn cencaluk pon sodap tapi dah cencaluk abis.Ari ni xde citer pe nak dikongsi cuma Deeja sempat surf dlm internet tentang khasiat jantung pisang dan daun selom.....Baca ye....

Nama : Jantung Pisang.

Huraian : Jantung pisang di dapati di kebanyakan kawasan Asia Tenggara. Jantung pisang mengandunggi 1.2 protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi.

Khasiat dan penggunaan

Jantung pisang memberi tenaga dan membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang.

SELOM ( Oenanthe javanica )

Oenanthe javanica ialah nama botani bagi selom. Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur. Perkataan javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula dikutip untuk dibuat kajian. Nama botani lain yang sinonim dengan selom ialah Sium javanicum dan Oenanthe stolonifera. Di Malaysia selom disebut sebagai Piopo.

Genus Oenanthe mempunyai 30 spesies yang tumbuh dimerata tempat diseluruh dunia di kawasan beriklim sederhana hemisfera utara, Afrika Selatan, Asia dan Australia. Namun tidak semua spesies Oenanthe boleh di makan. Terdapat spesies yang beracun terutama di dalam akar dan bijinya.

Selom boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, dari India dan Pakistan hinggalah ke jepun dan Taiwan, dari China hinggalah ke bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap

Selom merupakan tumbuhan saka, herba, tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara akuatik. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Ia tumbuh tegak dari batang mendatar, mempunyai banyak dahan , berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan. Disamping daun selom tersusun secara berselang-seli , pelepah daun memeluk batang, permukaan atas berwarna hijau tua, permukaan bawah hijau muda. Bunganya pula tumbuh berjambak pada bahagian pucuk batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai perubatan dalam selom.

Selom adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak khasiatnya seperti bahan sayuran segar yang lain. Selom mengandungi banyak air, tambahan pula ia tumbuh di kawasan berair dan di kawasan lembap. Selom mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Selom mempunyai nilai-nilai perubatan dan kegunaannya yang tersendiri. Hampir keseluruhan selom ini mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan. Daun dan batangnya didapati boleh meredakan penyakit dengan melumatkan kedua-duanya dan menyapunya pada bisul, tempat yang terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan di tempat bengkak kerana kanser.

Sementara itu air rebusan selom pula diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah. Biji selom digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom pula digunakan sebagai perangsang buang air dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

sumber dari-http://pkukmweb.ukm.my/



9 ulasan:

intanurulfateha berkata...

.sedapnyeee ulam jantung pisang+smbal belacan! ;D

Zaila Mohamad berkata...

Zaila pon suka makan budu, kalau makan ulam cicah budu..sohih bertambah2;)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

saya tak pandai makan ulam..kak kalau ada resepi dadih yang special tolong kongsi yer...

deeja berkata...

salam cik intan..
meh le join akak mkn...

salam zaila...
sedapkn budu...rugi xmkn...

salam alvin..
cuba le mkn,memula je xsdap,pstu berapi...kalo de resipi nnti akak kongsi ye...

shazika berkata...

jantung hati ada tak?

D.O.U.B.L.E...S berkata...

sedapkan makan ulam2...i like..daun selom tu makan dgn sambal kelapa..sedap teringin lak aku...

hana berkata...

sedapnyer jantung pisang nih!! kita sukerrrrrrrr sgt2!!! kene balik mesia br dpt makan puas2! huhuhu

Tanpa Nama berkata...

lama dah tak makan ulam jantung pisang...
xP

deeja berkata...

salam shazika,double..s,hana & jaja..
sekali-sekala ubah selera makan ulam kampung memang de klasss...terangkat..

Kita hanya mampu merancang....

  Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...