Dia....Rupamu menawan hati,suaramu menikam kalbu.Terpegun aku,melihat dirimu.Ternyata dirimu berharga.Kau ku tatapi setiap hari.Saban waktu ku isi perutmu dengan syiling-syiling.Setiap kali ku suapimu,kau akan berbunyi seolah-olah berterimakasih kepadaku.Tapi,entah mengapa hari ini jiwaku luluh melihatmu.Air mataku hampir menitis melihat dirimu yang kusayangi telah......Syiling-syiling bertaburan,memenuhi lantaiku.Ahhhh....tabungku....kau telah pergi....
bercucuran air mata bila mengenangkan....tabung KFC yang eksklusif dah berkecai...Inilah anak-anak...Diorang le pnyer keje.Aku dah letak jauh-jauh supaya tak leh di capai tapi apakan daya dah sampai seru....terburai juga dia.Macam tulah juga kita ini.Walaupun kaya,berharta,berpangkat tetapi akhirnya kita akan kembali ke pada-Nya jua.Umpama tabung ini,walaupun dimasa hayatnya membawa seribu erti kepada tuannya tetapi bila tiba masa ia akan di buang dan diganti...Adakah kita akan bertukar ganti seperti itu....Mungkin tidak...Seorang yang bernama manusia takkan dapat bertukar ganti.....Tapi adakah kita pabila sudah tiada akan dilupakan sebegitu sahaja?
Sebagai insan kerdil yang menumpang di bumi fana ini,aku merasakan hanya anak yang soleh dapat mengingati kita sebagai orang tua yang melahirkan dan membesarkan mereka.Selagi hayat dikandung nyawa,anaklah permata hati,didiklah dengan penuh kasih sayang,Berilah ilmu akhirat secukupnya sebelum kita dijemput seperti tabungku itu....Hanya doa anak yang soleh dapat meringankan beban kita di sana kelak...Kita,sebagai anak pula,cukupkan ilmu dan ingatilah orang tua kita....
Khamis, 6 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kita hanya mampu merancang....
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku dah 3bulan mak meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa hantar ...
-
Menu untuk petang tadi.....Terajin lak untuk uli menguli ni.Deeja buat cucur kembung.Tapi rata2 kat blog yg deeja jumpa kata cok bantal....R...
2 ulasan:
deeja, dia suruh ganti yang barulah tu.....
kakpah...benda tu takde jual....
takdir penentu segalanya...
Catat Ulasan