Ingin mengintai peluang kerja,
Kari ayam,daging&kubis,
Santapan kami di Istana Deeja.
Menu untuk makan tengahari hari ni simple je.Aku cuma masak kari ayam.Dah lama tak masak kari ayam.Rasa teringin je tekak ni...Pastu masak daging tumis kunyit dan tumis sayur kubis.Alhamdulillah.....dapat juga makan makanan yang dimasak sendiri.
Kita ni tak habis2 dengan makan.Makan tu dah menjadi rutin harian kita.Tapi makan untuk hidup ke atau hidup untuk makan.Dulu2,masa zaman sekolah cikgu pernah tanya awak semua makan utk hidup atau hidup untuk makan.Kami sekelas terpinga-pinga memandang sesama sendiri.Maklumlah masa tu baru sekolah rendah...Tak berapa reti bahasa lagi.Nampak macam serupa tapi berbeza makna dan ertinya.
Sambil-sambil aku menerjah blog2 rakan yang lain(yg memasak terutamanya)kekadang fikiranku menerawang ke arah lain.Wah sedap betoi masakan tu....Memang terliur....Terbuai-buai rasanya hati.Tapi dalam sekilas teringat pulak macam mana keadaan insan lain yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.Kasihankan....Bersyukurlah yang kita masih lagi punya wang untuk membeli sedikit makanan.Aku kadang-kadang sebak bila melihat rancangan Bersamamu terbitan TV3.Dalam hati terdetik,ada lagi manusia yang hidup susah sebegitu rupa. Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Sedangkan kita enak menikmati pelbagai juadah yang lazat.Sayu hati bila menonton rancangan itu .Terutama episod yg memaparkan keadaan anak-anak kecil yg menjamah nasi berlaukkan air garam.Benar-benarlah mereka makan untuk hidup.tapi kita yang bernasib baik ini,bagaimana pula.Adakah makan untuk hidup atau hidup untuk makan?Tepuk dada tanya selera.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan