
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air....Ikut kepekatan,jgn terlalu pekat atau terlalu cair.
1 sudu minyak masak
*kalau suka warna boleh taruh pewarna kuning
cara buat..
Pukul kesemua adunan kecuali minyak.Bila dah sebati baru campur minyak.
Kirai di atas kuali.tak perlu bubuh minyak lagi kerana adunan yg dah bercampur minyak takkan melekat.Bila dah masak,lipatkan dan angkat..

Resipinya....
1 biji durian(sederhana besar)
4 sudu gula(kalau suka manis lebihkan)
Santan,aku pakai santan serbuk so guna dlm 3/4 peket
Air sukahati,ikut nak pekat atau cair.
Garam secubit
Campur kesemua bahan.Didihkan atas api...Bila masak pelagi...makan la...
Cubalah resipi ni.....dari Deeja punya mak.....
1 ulasan:
cantiknya roti jala dia. Macam alas dulang hantaran kan. bestnya makan dengan kuah durian.
Catat Ulasan